"Alhamdulillah Syukur padaMu Ya Allah. Mama sangat bangga dengan result SPM Warits. Terima kasih kepada semua yang ada saat perjalanan membesarkan Warits terutamanya Papa Sumali, keluarga, guru-guru hebat serta sahabat-sahabat terutama teman-teman Warits yang mendorong kejayaannya."
Demikian tulis pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri yang meluahkan rasa syukur dan gembira dengan kejayaan diraih anaknya, Abdul Warits Abdul Wafi dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Anne atau nama sebenarnya, Nasriah Ngasri, 40, berkongsi kegembiraan itu menerusi Instagramnya, dimana dia menulis kata-kata ucapan yang bermakna kepada Warits serta semua pihak yang membantu kejayaannya.
Dalam masa sama, Anne turut melahirkan perasaan terharu melihat kejayaan anak-anak lain serta berterima kasih atas doa semua pihak kepada mereka.
Perkongsian Anne itu mendapat tanda suka hampir 8,000 pengikut Instagram. Manakala rata-rata komen, melahirkan perasaan syukur atas berita baik ini dan mengucapkan tahniah kepada Warits.
Untuk makluman, Anne memiliki tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Abdul Wafi iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afroza.
Selepas bercerai pada 2010, dia kemudiannya bertemu jodoh buat kali kedua dengan Datuk Sumali yang ketika itu duda anak satu. Mereka berkahwin pada 22 Disember 2012.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment