06 May 2024

SEBELUM HEMBUS NAFAS TERAKHIR - ANAK KATA ALLAHYARHAM BAPANYA, HAIL AMIR HILANG SELERA MAKAN SEJAK PAGI TADI



"Pagi tadi Papa (Hail Amir) tak berapa selera hendak makan dan kami hanya beri susu. Kalau diikutkan sudah seminggu Papa di hospital, dia memang batuk.
"Jadi, bila masuk ke sini baru tahu Papa ada jangk1tan kum@n dalam paru-paru. Pihak hospital memang ada tunjuk x-ray dekat kami, tapi kami pun tak tahu sama ada itu sudah t£ruk ataupun tidak."

Demikian tutur anak kepada Allahyarham penyanyi dan pelakon veteran, Datuk Hail Amir Cinta Halifi yang berkata, bapanya itu hilang selera makan sejak pagi tadi sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.48 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jelas Cinta lagi, Allahyarham bapanya itu dimasukkan ke HKL sejak seminggu lalu akib@t batuk, sebelum doktor memaklumkan bapanya mengal@mi jangk1tan kum@n pada paru-paru.

Dalam pada itu, Cinta berkata, mereka sekeluarga agak terk£jut kerana Allahyarham bapanya itu dimaklumkan dalam keadaan baik-baik saja sebelum ini.

"Pihak hospital maklumkan untuk beri antibi0tik dan mungkin ambil masa lima ke enam hari. Kami juga dimaklumkan bacaan Papa el0k keadaannya makin baik.

"Tapi kami nampak dia semakin lem@h. Mungkin disebabkan keadaan jantungnya," ujarnya ketika ditemui media di Unit For£nsik HKL, hari ini.

Tambah Cinta lagi, Allahyarham bapanya itu membuat permintaan mahu melihat cucu-cucunya sewaktu dalam rawatan.

"Papa memang sangat sayang budak-budak dan dia suka dengan cucunya. Dia sentiasa akan berjumpa cucu kerana benda itu menggembirakan dia. Dia ada lapan cucu," katanya yang kelihatan sedih.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Hail atau nama penuhnya, Abdul Hail Amir akan dibawa ke Masjid Ukay Perdana untuk dimandikan dan disolatkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran, pagi esok.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: