09 May 2024

SEBELUM HEMBUS NAFAS TERAKHIR - ANAK KATA ARWAH BAPANYA, A HALIM MINTA AHLI KELUARGA BERKUMPUL, BERMAAF-MAAFAN



Anak kedua kepada Allahyarham Datuk A Halim iaitu Elly Halim, 49, memberitahu, setiap saat yang diluangkan bersama arwah bapanya itu menjadi kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.


"Walaupun bapa sudah tiada, lagunya tetap bersama peminat selama-lamanya," tuturnya yang turut berkata, bapanya yang mengal@mi lumpuh sejak lima tahun lalu, bagaimanapun, berjaya memenuhi ibadat puasa, tahun ini.

Namun, kesihatannya mula mer0sot tiga hari sebelum ketibaan Syawal dan disahkan mengal@mi jangk1tan kum@n. Jelas Elly lagi, arwah bapanya itu dibawa ke klinik dan menjalani rawatan di hospital serta bergantung kepada ant1bi0tik.

"Bagaimanapun dalam tempoh seminggu dua ini, bacaan gula dalam darahnya berkurangan secara mendadak. Bapa dibawa ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan, sehingga pulang ke rumah, beberapa hari lalu.

"Semalam, bapa mengal@mi s£sak nafas kira-kira jam 7 petang sebelum dibawa semula ke Hospital Penawar Pasir Gudang," jelasnya ketika ditemui di Masjid Al Falah di Jalan Gunung, Bandar Seri Alam di sini, hari ini.

Tambahnya, apabila tiba di hospital, bapa didapati mengal@mi mas@lah kekur@ngan oks1gen, selain tahap jangk1tan kum@n agak s£rius.

Menurut Elly lagi, doktor mengesahkan kem@tian bapanya itu berpunca daripada kegag@lan buah pinggang.

Klik untuk gambar besar

"Walaupun doktor cuba memberi rawatan, namun, bapa senang pergi pada jam 10.01 pagi tadi, tidak lama... Kami reda," ujarnya.

Sementara itu, Elly berkata, pada saat pemergian bapanya, arwah meminta ahli keluarga berkumpul sebelum saling bermaaf-maafan.

Jelasnya, seramai enam adik-beradik, selain ibu, Fatimah Bahrim, 75, dapat menjaga arwah, malam tadi.

Tutur Elly, sebelum ini, bapanya yang menetap di Kampung Peserai, Batu Pahat, menunjukkan beberapa perubahan termasuk menyatakan dirinya reda dengan tahap kesihatannya.

"Hampir setiap minggu kami bergilir-gilir mengunjungi ayah selain membawanya berjalan. Kenangan itu cukup istimewa bagi kami," katanya.

Untuk makluman, Allahyarham A Halim atau nama sebenar, Halim Md Diah mengal@mi lumpuh sebelah badan selepas dis£rang angin ahmar, sejak lima tahun lalu.
Antara lirik lagu 'Kisah dan Tauladan' yang terkenal termasuk 'aku berserah kepada Tuhan, agar diriku kau lupakan, memang sudah jadi suratan, kisah yang lalu jadi tauladan.'

Jenazah arwah A Halim dibawa ke Masjid Al Falah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Cahaya, Masai, dekat sini.

Sebelum ini, media melaporkan penyanyi dan pencipta lagu 'Kisah dan Tauladan' itu tidak lagi dapat membuat persembahan kerana peti suara sudah r0sak.

Sepanjang pemb@bitannya dalam dunia seni, Allahyarham pernah menyumbangkan suara bersama beberapa kumpulan kugiran antaranya De' Fictions, The Wanderers dan The Wisma dan menyanyi di lebih 20 album.

Allahyarham A Halim yang mempunyai 24 cucu dan lima cicit itu turut merakam beberapa album antaranya adalah 'Hitam Manis', 'EP Gadis Buta', 'Salam Mesra Dari A Halim' dan banyak lagi.

Selain 'Kisah dan Tauladan', antara lagu dendangan Allahyarham A Halim adalah 'Doa Dan Harapan', 'Dendang Terakhir', 'Kawan Lama', 'Kan Hilang Nanti', 'Ku Tetap Kasih', 'Cenderawasih', 'Budi Pekerti' dan banyak lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: