09 May 2024

CIK B DEDAH SUDAH LAMA SIMPAN DUIT MILIKI KERETA IDAMAN, BRABUS G63 RM1.7 JUTA - DATUK VIDA AKUI TAK ADA MAS4LAH DENGAN PILIHAN ANAKNYA : "KERETA ITU KENA DENGAN KARAKTER"



Pemp£ngaruh yang juga anak usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendedahkan dia sudah lama menyimpan duit untuk membeli kereta idamannya jenama Brabus G63 yang berharga RM1.7 juta.
Kata Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, kereta mewah itu dianggap paling sesuai dengan karakter dan personaliti dirinya.

Sejujurnya, saya sudah lama kumpul duit untuk membeli kereta idaman. Tunggu masa sesuai saja untuk beli. Lagi pun, setiap kali nak beli saya selalu sibuk, jadi hasrat itu tertangguh.

"Sebenarnya, sebelum ini saya dan mama (Datuk Vida) sudah pergi tengok beberapa kereta lain seperti Audi dan Lamborghini. Malah, ada kereta yang sudah bayar dep0sit pun.

"Tetapi saya tukar fikiran sebab tak berkenan. Jadi, saya buat pilihan sendiri kereta Brabus ini tanpa pengetahuan mama.

"Saya beli bulan lalu selepas pulang dari bercuti di Itali. Alhamdulillah, minggu lepas baru keluar dari kedai dan saya dapat kereta ini.

"Bagi saya, kereta ini sangat sesuai dengan saya. Malah, ramai yang cakap ia kena dan sempurna dengan saya. Kalau kereta jenis 'low£rd' ini tak sesuai," ujar Cik B.

Dalam pada itu, Cik B yang mengusahakan produk makanan ringan itu berkata, dia juga sudah membawa ibunya itu menaiki kereta itu dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh.

"Memandangkan saya sudah ada lesen memandu, jadi dapatlah saya pandu sendiri kereta dan bawa mama naik bersama. Setakat ini, paling jauh saya bawa dari KL ke Ipoh," katanya.

Sementara itu, berhubung pilihan Cik B itu, Vida atau Hasmiza Othman menberitahu, dia menuruti saja kemahuan anaknya itu untuk memiliki kereta idaman.

"Sebagai mak saya tahu apa kesukaannya. Jadi, apabila dia beli Brabus itu, bagi saya itu pilihan tepat buat dirinya. Malah, kereta itu kena dengan karakter dia. Saya okay saja asal saja dia suka.

"Lagi pula dia beli kereta itu dengan duit poket dan simpanan sendiri. Saya tak ada masalah dengan pilihannya, biarpun sebelum itu kami ada tengok beberapa jenis kereta lain.

"Saya juga tidak ada hal@ngan untuk dia memandu sendiri sebab sudah ada lesen kan. Macam tempoh hari dia pandu sendiri bawa balik ke Ipoh. Cuma, saya ini jenis yang lebih suka dalam kereta yang besar dan luas," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: