09 May 2024

ISU PERMOHONAN MAAF RUHAINIES & HUBUNGAN SARAH YASMINE DENGAN ALIFF AZIZ - BELLA ASTILLAH ENGGAN ULAS, SERAH SEMUANYA KEPADA PEGUAM



"Saya minta maaf banyak-banyak. Sekarang ini saya nak fokus untuk hari ke Mahkamah Syariah sahaja. Selebihnya semua di mahkamah dan saya minta semua doakan yang baik-baik sahaja.
"Apa-apa semuanya diserahkan kepada peguam saya. Saya hanya dengar nasihat peguam. Saya fokus karier sahaja dan perkara selebihnya kita bawa ke mahkamah."

Itulah kata pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang memaklumkan, dirinya kekal tenang berd£pan pelbagai kontr0versi yang mel@nda kehidupannya sekarang.

Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, juga enggan melayan sebarang pertanyaan memb@bitkan mana-mana individu yang dik@itkan dengannya.

Ia termasuk enggan mengulas permohonan maaf yang dibuat secara terbuka oleh pelakon Ruhainies, baru-baru ini, atas kontr0versi yang mel@nda mereka.

Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga tidak mahu mengulas berkenaan Sarah Yasmine yang menjalinkan hubungan dengan suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

"Ketika ini saya hanya fokus kepada kerja sahaja. Saya tidak tahu ada apa-apa 'update' (berhubung hantaran terbaharu Sarah di Instagram). Saya tiada komen mengenai itu," ujarnya.

Untuk maklukan, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: