09 May 2024

TERIMA BANTUAN PERDANA MENTERI - EBBY YUS LUAH RASA TERHARU



"Saya pun tak tahu mereka nak datang. Sehari sebelum itu dapat panggilan daripada wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM), memaklumkan wakil Perdana Menteri nak datang menziarahi artis-artis yang diuji dengan s@kit dan sebagainya.
"Jadi, memang dia beritahu, sebelum ini dah menziarahi beberapa artis lain yang tak sihat. Mereka dapat tahu saya pun ada mas@lah kesihatan. Jadi, dalam 10.30 pagi mereka datang menziarah dan luangkan masa lebih kurang 45 minit.

"Mereka bertanya mengenai s@kit saya dan bagaimana jalani kehidupan dan sebagainya. Saya maklumkan, tidaklah banyak berlakon sebab saya tak mampu nak buat. Tawaran kerja memang ada."

Demikian kata pelakon dan pelawak veteran, Ebby Yus, 59, yang mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakilnya yang sudi menziarah serta bertanya khabar mengenai keadaan kesihatannya serta anak-anak seni yang diuji dengan mas@lah kesihatan.

Ujar Ebby, dia berbesar hati atas keprihatinan Anwar sebagai Perdana Menteri dan menyambut baik kehadiran wakilnya yang juga Setiausaha Politik, Farhan Fauzi, ke kediamannya di Kampung Bharu, pagi semalam.

Dalam pada itu, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid menjelaskan, dia tidak pernah meminta bantuan sesiapa sebelum ini, namun terharu apabila ada pihak yang mengambil berat dan bertanya khabar keadaan kesihatannya.

"Contohnya, kalau dalam keluarga, kita ada ayah. Kalau ayah tak ambil berat langsung, kita akan rasa sedih. Perdana Menteri itu memang menjadi tanggungjawabnya kepada rakyat. Apabila kita didampingi begitu walaupun oleh wakil, itu dah 1,000 rahmat buat kita.

"Dalam berjuta rakyat, kita terpilih. Ini pun atas izin Allah. Sebagai manusia, saya bersyukur. Saya tak pernah meminta, tapi apabila ada orang yang melihat kita dan ambil berat.

"Misalnya kita ada kawan dan tanya khabar sahaja pun, kita dah rasa terharu sebab orang ingat kita. Maknanya, kita sebagai rakyat diambil berat oleh pemimpin, nak kata apa lagi. Bersyukur sahajalah," tuturnya.

Sementara itu, ditanya pula mengenai keadaan kesihatannya yang terkini, Ebby yang sebelum ini berhadapan kompl1kasi jantung memberitahu, keadaan kesihatannya semakin stabil selepas menjalani pros£dur pemasangan bateri di jantungnya.

"Setakat ini, syukur Alhamdulillah. Sebab dah banyak benda yang dah r0sak, jadi ia tidak seperti sedia dahulu. Adalah kekurangannya.

"Selepas dah tiga ke empat bulan pasang bateri, adalah perubahannya. Kalau tidak, kalau penat saya sampai pengs@n sebab jantung terlampau laju. Sekarang, dah dapat kawal. Selain itu, semuanya kuasa Allah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: