02 May 2024

SELESAI LAKUKAN PERSEMBAHAN 'ZHENG FU', 'SUMANDAK SABAH' DI CHINA - BELLA ASTILLAH DAPAT SORAKAN RAMAI



"Alhamdulillah selesai tugas di China. Sedikit klip untuk semua kesayangan di Malaysia! Saya bangga menjadi orang Sabah dan Malaysia."
Ujar pelakon dan dan penyanyi, Bella Astillah, 30, yang menerusi hantarannya mengenai pencapaian di negara China dimana ia mendapat sorakan ramai termasuk rakan artis.

Ibu kepada dua cahaya mata itu bersinar membawa nama Malaysia dengan melakukan persembahan di acara Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China, kelmarin.

Klik untuk gambar besar
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah yang mendendangkan lagu Mandarin, 'Zheng Fu' dan lagu rakyat 'Sumandak Sabah' ketika membuat persembahan di tanah besar itu jelas seronok dengan peluang keemasan yang diraihnya ini.

Antaranya penyanyi asal 'Sumandak Sabah' sendiri iaitu Marsha Milan, Puteri Sarah Liyana, Nora Danish, Umie Aida dan ramai lagi.
Dalam pada itu, melihat pada ruangan komen pula, ramai nyatakan kekaguman mereka terhadap semangat Bella untuk 'terbang tinggi' di kala kontr0versi rumah tangganya bersama suami yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dimana namanya sehingga kini masih sibuk diperkatakan.

"Fuh sekarang aku tengah tengok dij@tuhkan berada di pentas besar bawa nama negara, yang menj@tuhkan tengah naik bas dan meray@u jalan kaki. Allah itu maha adil, besar betul ganjaran orang bersabar."
"Pelakon biasa di mata mentua tapi tetap luar biasa di mata peminat Bella. Terbanglah Bella setinggi boleh supaya dapat melihat dunia pernah merendahkan kamu satu ketika dahulu."

"Di saat dia dij@tuhkan, dia sendirian berjuang terus b@ngkit demi anak-anak, tahniah Bella semoga terus berjaya dan kuat berdiri. Kami wanita sedunia sentiasa menyokongmu," itulah antara komen- komen netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: