14 May 2024

SETAHUN BERCERAI - ALICIA AMIN AKUI SUDAH TEMUI PENGGANTI



Selepas setahun bercerai dengan Dr Farzan Iqbal, 29, model dan pelakon iaitu Alicia Amin, 28, mengakui dia kini sudah pun menemui pengganti.
Kata Alicia atau nama penuhnya, Raja Alicia Raja Amin, dia dan teman istimewanya itu dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

"Kami sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Minta doakan agar hubungan kami berjalan dengan baik," jelasnya.

Sebelum ini, Alicia memuat naik video di TikT0k dengan kapsyen 'Pizza Date' yang memaparkan dia sedang bermesra dengan seorang lelaki di sebuah restoran.

Dalam perkongsian itu, Alicia turut mencium pipi lelaki itu, sekali gus menguatkan lagi dakwaan hubungan mereka.

Malah, Alicia dan teman istimewanya itu juga berpakaian sedondon berwarna putih sambil menikmati hidangan piza.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen turut mendoakan kebahagiaan Alicia dan pasangannya itu.

Namun begitu, ada juga komen yang kur@ng senang dengan kemesraan Alicia dan teman lelakinya itu kerana belum ada ikatan yang sah.

Untuk makluman, Alicia berkahwin dengan Farzan dalam satu majlis yang berlangsung secara ringkas pada 14 Februari 2021, sebelum bercerai secara baik pada Mac tahun lalu.

Pasangan terb@bit tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh dua tahun berkahwin.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: