30 May 2024

TIADA REZEKI ANAK - MARSHA MAHU CUBA IVF SELEPAS 10 TAHUN KAHWIN



"Sebenarnya sudah ada perancangan untuk IVF dari tahun lepas tetapi saya tiada masa lagi, seperti semua maklum kaedah berkenaan memerlukan kom1tmen penuh dari segi waktu.
"Perkara ini pun dah bincang dengan suami, dia setuju sahaja. Kami sudah berjumpa pakar-pakar sebelum ini, tinggal lagi cari waktu untuk lakukannya sahaja.

"Kalau nak cakap soal tarikh itu pun saya belum tahu, rawatan ini rum1t apatah lagi untuk wanita kerana memerlukan rehat dalam jangka panjang, banyak benda saya kena fikir sebenarnya."

Itulah jelas penyanyi Marsha Milan yang berkata, dia mahu mencuba rawatan kesuburan In-v1tro (IVF) selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, namun belum berkesempatan lagi melakukan rawatan berkenaan.

Dalam pada itu, Marsha memberitahu, dia dan suaminya iaitu Shaiful Nizam masih mencari masa sesuai, memandangkan rawatan tersebut menuntut temp0h masa yang panjang.

Sementara itu, Marsha berkata, seandainya ditakdirkan tiada rezeki zuriat, dia terbuka mengambil anak angkat, meskipun suaminya menasihatkan agar tidak berfikiran jauh.

"Kalau Allah kata tunggu, kami perlu reda. Suami pula tidak bagi saya fikir terlalu jauh lebih-lebih lagi soal pengambilan anak angkat.

"Saya tidak kisah mengambil anak angkat dan pernah terdetik untuk lakukan perkara tersebut jika tiada rezeki dapat zuriat sendiri.

"Suami pun tidak terg£sa-g£sa kerana kami pun belum tua sangat dan masih ada masa," ujarnya.

Untuk makluman, Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: