30 May 2024

KETIKA SERTAI IKIM FM - TYZO DEDAH PERNAH KENA KEC4M



"Pada awalnya memang saya menerima kec@man daripada netizen mungkin kerana cara penyampaian saya masih berbunyi hiburan. Tetapi pada saya, ianya bukan hanya sekadar hiburan, malah ianya untuk memberi senyuman kepada pendengar di luar sana.
"Kini komen berunsur kec@man semakin berkurangan dan saya berharap agar mereka akan menerima saya sebaik mungkin dan saya juga akan berusaha memberikan yang terbaik."

Ujar penyampai radio popular, Tyzo Xander yang mendedahkan dirinya pernah dikec@m netizen berikutan penampilan dan gayanya ketika baharu menyertai pasukan penyampai radio di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm).

Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris, 48, memberitahu, ketika itu dia baru beberapa bulan menyertai radio IKIMfm selepas 'berpisah' dengan Suria FM.

Dalam pada itu, kata Tyzo, begitupun selepas beberapa bulan, situasi mula berubah dan ramai yang sudah boleh menerima kehadirannya di radio itu.

Selain itu, Tyzo turut menjelaskan, dia masih menjaga hubungan silaturahim atau berhubung dengan rakan lamanya di Suria FM.

"Saya masih berhubung dengan rakan setugas dahulu, tetapi tidaklah begitu kerap dan saya juga tidak melihat sebarang keperluan untuk berhubung dengan pihak atasan.

"Seperti yang sudah semua maklum saya berhenti bekerja di Suria FM bukan atas permintaan saya sendiri walaupun saya baru sahaja memenangi anugerah penyampai radio popular.

"Tidak dinafikan perasaan rindu itu tetap ada kerana mempunyai pasangan penyampai yang baik tetapi sekarang saya juga membentuk persefahaman yang makin baik apabila bekerjasama dengan rakan penyampai baharu," tuturnya.

Disamping itu, ditanya pula mengenai perubahan yang dial@mi ketika sudah lebih dua bulan berkhidmat di radio stesen baharu, Tyzo berkata, dia masih lagi seorang penyampai radio yang sama seperti dahulu.

"Saya tidak mengubah apa-apa, cuma pengetahuan kini semakin bertambah kerana saya lebih banyak berjumpa dengan cendekiawan dan para ilmiah di luar sana. Temubual juga banyak menyentuh isu kemanusiaan, keag@maan, wasiat dan lain-lain," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: