05 May 2024

TOLAK SUAMI ORANG - NADIA BRIAN AKUI KINI LEBIH BERH4TI-H4TI CARI CALON, TIDAK MAHU PISANG BERBUAH DUA KALI



Pelakon Nadia Brian, 32, memberitahu, dia memang meng£lak untuk berkawan dengan suami orang kerana tidak s@nggup meluk@i hati wanita lain.
Meskipun pernah mengal@mi keruntvhan rumah tangga, Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, akui dirinya tidak s£rik untuk berkahwin semula dan mensas@rkan usia sebelum 35 tahun untuk berumah tangga dan membina keluarga.

"Ramai lelaki yang hantar Direct Message (DM) di Instagram dan TikTok untuk berkenalan tetapi bila melihat profil gambarnya bersama isteri dan anak, saya terus tak layan.

"Saya juga pernah mengalami keruntuhan rumah tangga dan memahami perasaan wanita yang melalui proses perceraian.

"Namun, saya tak nak cakap besar kerana jika ditakdirkan Tuhan saya berpoligami kelak, saya pastikan keharmonian dalam perkahwinan itu.

"Doakanlah saya bertemu jodoh yang baik. Saya juga tidak kisah jika ibu mahu mencarikan jodoh saya nanti kerana saya sendiri memang sibuk dengan karier seni dan perniagaan.

"Lelaki yang mahu berkahwin dengan saya perlu banyak bersabar dan faham tanggungjawab sebagai suami.

"Saya juga lebih berhati-hati untuk mencari calon suami kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali dan pada masa sama takut melihat keruntuhan rumah tangga pasangan artis ketika ini," katanya.

Dalam pada itu, mengulas isu peny0ndol pula, jelas Nadia, dia mar@h apabila hanya kaum wanita atau janda yang sering dipersal@hkan masyarakat.

"Isu peny0ndol bukan hanya pada wanita semata-mata kerana lelaki juga sama kerana mereka juga s0ndol atau curang dengan isteri orang," ujarnya.

Untuk makluman, Nadia pernah berkahwin dengan Muizz Nasruddin tapi perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila bercerai pada 2001.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: