20 June 2024

AKHIRNYA KEMBALI BERSATU PEMINAT TERUJA AJAK & SHAHROL SANGGUP KETEPIKAN EG0



Semua sedia maklum, nama dua anggota pelawak kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebelum ini hangat diperkatakan, dimana sekitar dua tahun lalu, mereka yang saling berbal@s kenyataan di media sosial isu memb@bitkan sebuah stesen radio.

Terbaru, Shahrol dilihat ada memuat naik gambar bersama Ajak, sekaligus menandakan hubungan mereka kini sudah kembali baik dan jernih.

Kata Shahrol, pertemuannya dengan sahabatnya itu mengimbau begitu banyak kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan serta turut mendoakan Ajak terus maju jaya dalam apa yang diceburi.

"Jika kuku panjang, bu@ng kuku bukan jarinya. Jika ada mas@lah bu@ng eg0 bukan silaturrahimnya," kata Shahrol Shiro yang berkongsi dialog yang pernah digunakan bersama Ajak ketika mereka beraksi di pentas program Maharaja Lawak Mega (MLM) sebelum ini.

Shahrol yang berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram (IG), itu berkata, dialog berkenaan juga bukan sekadar lafaz dalam sketsa MLM, sebaliknya juga digunakan dalam realiti kehidupan.

"Satu malam yang panjang mengimbau begitu banyak kenangan bersama yang tidak mungkin dilupakan selamanya. Doakan awak terus maju jaya Ajak Shiro, karya itu kasi jadi," tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Perkongsian Shahrol yang turut mempamerkan foto mesranya bersama Ajak turut menarik perhatian pengikutnya di media sosial.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat berasa teruja apabila melihat hubungan antara dua sahabat itu kembali baik seperti sebelum ini.

Malah, peminat juga berharap, mereka dapat beraksi di satu pentas yang sama dan terus berkarya dalam industri hiburan tanah air.

Bukan itu sahaja, ramai peminat meluahkan rasa syukur serta memuji Shahrol dan Ajak yang sanggup mengetepikan eg0 masing-masing demi menjalinkan semula silaturahim antara mereka dan secara tidak langsung menjernihkan keadaan sedia ada.

Terdahulu, sekitar Ogos 2022, k0nflik dalam persahabatan Shahrol dan Ajak bermula apabila mereka saling berbal@s kenyataan di media sosial mengenai isu memb@bitkan sebuah stesen radio.

Difahamkan, hubungan mereka juga ding1n sejak lima tahun sebelumnya. Bagaimanapun, hubungan antara Shahrol dan Ajak ini kembali jernih pada Syawal tahun lalu, sekali gus menamatkan persengk£taan mereka sebelum ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: