20 June 2024

ISU NORA DANISH & NEDIM NAZRI BERCERAI - FASHA SANDHA DOAKAN YANG BAIK-BAIK : "SAYA YAKIN NORA & NEDIM SUDAH FIKIR YANG TERBAIK UNTUK KELUARGA MEREKA"



"Maaf, saya tak boleh nak komen panjang, apa yang saya boleh katakan di sini, sebagai keluarga (kerana anak-anak kami adik-beradik kandung daripada ayah yang sama). Saya yakin Nora dan Nedim sudah fikir yang terbaik untuk keluarga mereka."
Demikian kata pelakon Fasha Sandha ketika diminta mengulas berita perceraian pelakon Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri yang diperkatakan ramai ketika ini.

Kata Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, dia juga tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Fasha berkata, dia yakin, Nora akan terus tabah dan kuat untuk kedua-dua anaknya itu.

"Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka sekeluarga dan saya yakin ramai turut mendoakan yang terbaik buat Nora," tuturnya.

Terdahulu, pasangan, Nora Danish, 42, dan Nedim Nazri, 41, akhirnya bersetuju untuk berpisah secara baik selepas mendirikan rumah tangga selama lebih tujuh tahun.

Menerusi pros1ding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, semalam, Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam.

Selepas selesai pros1ding, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, sangat mengharapkan orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Untuk makluman, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: