01 June 2024

"ANAK ADALAH KURNIAAN ALLAH... INI ADALAH KETENTUAN ALLAH & PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA" - MARSHA MILAN JELAS RANCANGAN JALANI RAWATAN IVF BELUM ADA KATA PUTUS



"Ramai orang bertanya mengenai alt£rnatif untuk menjalani IVF, tetapi saya dan suami perlu duduk berbincang betul-betul. Bukan apa, proses IVF bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan kita meletakkan sepenuh kom1tmen.

"IVF juga mengambil masa yang panjang. Jadi, saya perlu bercuti sepanjang menjalani rawatan berkenaan," jelas penyanyi Marsha Milan, 39, yang belum berbincang lanjut dengan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam mengenai alt£rnatif untuk menjalani kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF) bagi mendapatkan anak.

Kata penyanyi kelahiran program realiti Akadami Fantasia musim ketigs (AF3) itu, tiada kata putus yang dicapai memandangkan alt£rnatif berkenaan menuntut tempoh masa yang panjang.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, Marsha yang sehingga kini masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata selepas 10 tahun berkahwin itu mengakui, dia sering diajukan berhubung soal zuriat.

"Saya sudah lali. Tahun pertama, kedua, ketiga, tipulah kalau saya kata tak ter@sa kan. Ada juga kata-kata k£sat yang kadang-kadang rasa seperti apa hak awak untuk berkata begitu.
"Anak adalah kurniaan Allah. Jadi, kita tak ada kekuatan untuk menentukan isu itu. Ini adalah ketentuan Allah dan pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Saya juga bersyukur kerana keluarga dan mentua tidak memberikan tek@nan berhubung perkara ini. Tipulah jika tidak pernah bertanya, namun mereka tahu ini semua datang daripada Allah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: