"Alhamdulillah, keluarga kami lengkap dengan 4 orang 🥰. Raikan puteri kami, Inara Raisa yang dilahirkan pada Jumaat lalu 31 Mei pada pukul 8.58 malam 💖.
"Terima kasih semua atas doa dan ucapan. Kami sangat bersyukur 🤲🏻. Semoga Allah S.W.T melindungi dan limpahkan awak dengan keberkatan, Inara 💝."
Demikian tulis kapsyen di Instagram pelakon Zahirah Macwilson, 29, dan Aiman Hakim Ridza, 35, dimana pasangan ini memaklumkan berita gembira bahawa mereka telah pun selamat menimang cahaya mata kedua, perempuan pada Jumaat lalu.
Difahamkan, Zahirah selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Perth, Australia, kira-kira pukul 8.58 malam.
Dalam perkongsian itu, pasangan ini telah mempamerkan wajah bayi perempuan mereka yang diberi nama 'Inara Raisa'.
Klik untuk gambar besar
Mereka juga mengumumkan jantina anak kedua dalam sebuah majlis istimewa bersama keluarga dan kenalan terdekat di kediaman mereka pada April lalu.
Untuk makluman, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga bersama pada 20 Februari 2020.
Hasil perkongsian, pasangan ini sudah mempunyai sepasang anak iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun dan Inara Raisa yang dilahirkan 31 Mei lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment