17 June 2024

AZLEE SENARIO TERIMA SUMBANGAN : "SAYA MEMANG JARANG BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN... TAHU-TAHU SAJA BILA DOKTOR PERIKSA, BACAAN GULA SAYA TINGGI IAITU 22"



"Bacaan kol£strol saya sebenarnya tinggi. Dari situ ia ber@ngkai-r@ngkai kepada peny@kit lain pula. Namun, kalau kata saya berdepan bebanan kerja tidak juga.
"Pada saya, bila bergelar pelawak ini kena sentiasa bawa watak 'happy go lucky'. Itu memang perangai semula jadi saya. Tapi tidak sangka juga boleh terkena serangan jantung.

"Bila dimasukkan ke hospital, baru dapat tahu yang saya ini ada masalah kesihatan. Saya baru tahu ada kolestrol yang tinggi dan kencing manis. Semasa di hospital pun saya kena buat rawatan k£ncing manis dan bak@r l£mak."

Demikian kata anggota Senario, Azlee Jaafar, 57, yang berkata, bukan kerana b£banan kerja, sebaliknya kerana penjagaan kesihatan yang kurang sempurna selain tidak menjaga pengambilan makanan, dimana ia menjadi punca dirinya mengal@mi ser@ngan jantung, baru-baru ini.

Azlee dalam masa sama turut menafikan perlu menyediakan kandungan serta mengendalikan sesi siaran langsung di TikT0k seperti dalam k0ntrak antara punca dia turut terk£san sehingga s@kit.

Baru-baru ini, Azlee telah menerima sumbangan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez ketika beliau berkunjung di kediamannya di Bandar Saujana Utama, di sini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Karyawan, Radhi Khalid dan penyanyi legenda, Datuk Khatijah Ibrahim yang juga ahli Karyawan.

Dalam kunjungan itu, Freddie memaklumkan sumbangan diterima Azlee adalah hasil kutipan yang diperoleh daripada penganjuran program amal iaitu Majlis Makan Malam Legends yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 2 Jun lalu.

"Ini menjadi tanggungjawab kami untuk melawat dan membantu rakan artis dalam kesusahan dengan menghulurkan sumbangan. Saya doakan Azlee supaya cepat pulih dan kembali aktif dalam dunia seni," katanya.

Dalam pada itu, Azlee turut menjelaskan, dia menjalani kehidupan tanpa tek@nan kerana kerja sebagai penghibur ialah tugasan hakiki yang perlu dilunaskan.

"Kalau macam berlakon, mengacara, buat ulasan pr0duk dan persembahan itu kerja hakiki yang saya perlu buat. Untuk TikT0k pula saya hanya buat bila ada masa terluang, bukannya hari-hari.

"Saya buat pun sebab tidak mahu ketinggalan dengan artis baharu yang kalau lihat lebih mahir dan ke hadapan memanfaatkan platf0rm media sosial. Jadi, saya tak mahu ketinggalan," ujarnya.

Selain itu, tambahnya lagi, doktor ada menasihatinya agar berehat sekurang-kurangnya selama sebulan bermula tarikh keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 8 Jun lalu.

"Tapi, faham-fahamlah saya jenis tak r£ti duduk diam. Saya rasa mahu kerja macam biasa sebab b0san duduk rumah. Untuk sekarang saya tak boleh terus hendak letakkan h@d waktu bekerja berapa jam sehari. Saya perlu lihat kerja itu bagaimana.

"Saya memang jarang buat pemeriksaan kesihatan. Lagipun agak p£lik kerana saya tak pernah al@mi gejala orang yang kena k£ncing m@nis. Tahu-tahu saja bila doktor periksa, bacaan gula saya tinggi iaitu 22," tuturnya.

Disamping itu, Azlee turut berterima kasih kepada Karyawan yang prihatin menghulurkan sumbangan bagi meringankan b£ban yang dit@nggungnya.

"Semalam (Kelmarin) pun Lembaga Zakat Selangor (LZS) ada datang dan suruh isi borang untuk dibawa ke IJN. Mereka maklumkan untuk t@nggung k0s ubat-ubatan jantung saya dalam anggaran RM400 hingga RM500 sebulan. Mereka akan bantu t@nggung untuk beberapa tahun," katanya.

Pada 5 Jun lalu, Azlee dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), selepas tidak sedarkan diri di kediamannya akib@t ser@ngan jantung. Dia kemudian dirujuk ke IJN untuk rawatan lanjut.

Jelas Azlee, doktor memaklumkan keadaannya sangat krit1kal kerana jantungnya tersumb@t sebanyak 99 peratus dan sal@h satu urat pada injap jantungnya putus.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: