17 June 2024

AL-FATIHAH - PEMAIN BASS RUSTY BLADE, MAN KAREN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada keluarga pemain bass kumpulan rock legenda, Rusty Blade iaitu Sulaiman Ibrahim atau Man Karen atas pemergiannya yang meninggal dunia di Jurong, Singapura, pagi hari ini.
Berita sedih itu disampaikan pemain gitar Rusty Blade, Khalid Mobin di Facebook, hari ini.

Difahamkan, Man yang pernah menganggotai kumpulan Rockers itu meninggal dunia akib@t kans£r 0tak tahap empat. Allahyarham pernah menjalani pemb£dahan akib@t peny@kit itu pada 2022.

Difahamkan, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 2 petang, di Singapura, hari ini.

Untuk makluman, Rusty Blade yang turut dianggotai Yantzen (penyanyi), Md Noor Hendrix (gitar) dan Zan (dram) antara kumpulan rock legenda di Malaysia dan Singapura.

Man menyertai Rusty Blade dari kumpulan Rockers pada 1988 menggantikan pemain bass asalnya, Razak.

Bersama Rusty Blade, Man tampil dengan album Awas pada 1989 yang juga album terakhir Rusty Blade.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: