17 June 2024

SELAMAT TUNAI HAJI - AMY SEARCH KINI BERGELAR HAJI, ELLA PULA HAJAH



Nampaknya dua penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search dan Ella kini sudah bergelar haji dan hajah selepas kedua mereka selamat menunaikan haji tahun ini.
Ketika menunaikan rukun Islam yang kelima, Amy, 65, ditemani isterinya, Norhasniza Hassan, manakala Ella, 56, pula bersama suaminya, Azhar Ghazali.

"Alhamdulillah hari ini 10 Zulhijjah Ella dan Azhar telah selesai sempurnakan sebahagian daripada rukun haji.

"Terbanglah ke sini mencari abadi, terbangkan ke mari mencari hakiki," tulis Ella yang turut meninggalkan lirik lagu 'Rama-Rama' pada Instagram.

Sementara itu, Amy pula menyifatkan pemergiannya ke Tanah Suci bersama isteri adalah hadiah terindah untuk isterinya yang menyambut ulang tahun kelahiran.

"Demi cintaku padamu, ke mana pun kan kau ku bawa, ke hujung dunia ke bintang kejora.

"Wukuf hari teristimewa buat bidadariku. Ini hadiah terindah daripada Allah SWT buat mu Hajah Nor, Hari panggilan yang dinantikan dan lebih istimewa kerana hari wukuf jatuh di hari lahirmu.

"Begitulah aturan Allah SWT. Kita wukuf bersama di hari terindah ini 9 Zulhijjah bersamaan 15 Jun 2024.

"Semoga kita mendapat haji mabrur. Selamat hari lahir hajah Nor Hasniza Hassan. Cinta ku pada mu hingga ke Jannah," tulis Amy pula dalam satu hantaran di Instagram.

Selain Amy dan Ella, antara selebriti tempatan yang menunaikan haji pada tahun ini ialah Johan dan isteri, Ozlynn, Datin Alyah dan Elfira Loy.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: