18 June 2024

NAFI TAK MAHU KERJA, BANTU KELUARGA - ANAK DHARMA HARUN JELAS DIA MAHU TAMATKAN PENGAJIANNYA DI ASWARA TERLEBIH DULU SEBELUM CARI KERJA TETAP



"Saya adalah pelajar cemerlang dan keputusan peperiksaan juga antara yang terbaik. Jadi, saya disarankan oleh pensyarah supaya habiskan pengajian dulu sebelum mencari kerja tetap untuk men@mpung kewangan keluarga.
"Oleh itu, saya harus bertahan sampai Ogos depan. Insya-Allah, selepas tamat saja pengajian nanti, saya akan cuba dapatkan kerja tetap dan bayar sewa rumah serta bantu ayah dan keluarga."

Itulah jelas anak bongsu kepada pelakon Dharma Harun Al-Rashid, 68, iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, dimana dia mahu menamatkan pengajiannya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) terlebih dulu yang hanya berbaki dua bulan sebelum mencari kerja tetap.

Selain itu, kata Muhammad Al Syafiq, dia enggan terburu-buru berhenti dari pengajiannya dalam jurusan Asasi Seni Kreatif yang hanya dijangka selesai Ogos ini.

Sebelum ini, bapanya, Dharma yang popular dengan watak Cikgu Azmi dalam filem 'Adik Manja' itu terpaksa akur dengan arahan mengosongkan kediaman yang disewanya di Wangsa Maju, di sini kerana gag@l membayar sewa tertungg@k.

Pelakon yang kini berhad@pan mas@lah kesihatan selepas dis£rang angin ahmar itu difahamkan kusut memikirkan bagaimana dia hendak melunaskan tungg@kan sewa rumah mencecah RM7,500 berikutan n0tis sudah dikeluarkan oleh pemilik.

Menurut Dharma lagi, dia dan dua anak, iaitu Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq diberi tempoh sehingga akhir bulan ini dan suk@r untuk melunaskan bayaran kerana anak-anaknya juga tidak bekerja dan masih belajar.

Rent£tan itu, timbul persoalan mengapa anak-anak pelakon itu masih tidak habis belajar kerana masing-masing sudah melewati usia 30-an dan sepatutnya sudah bekerja, sekali gus dapat membantu bapa mereka menyelesaikan mas@lah kewangan dit@nggung.

Dalam pada itu, ditanya mas@lah kewangan dihad@pi keluarganya diketahui pihak fakulti, Muhammad Al Syafiq memberitahu, Dekan Pusat Pengajian Asasi Kreatif Aswara iaitu Dr Erdina Nasseri memahami dan menjadi antara individu yang banyak menghulurkan bantuan.

"Dekan tahu saya ada mas@lah kewangan dan dia pun banyak membantu hingga s£gan dibuatnya, termasuk mendapatkan saya bantuan dari Aswara. Secara peribadi, dekan memang banyak bantu saya selama ini.

"Saya juga sebenarnya ada buat kerja sambilan pada sebelah petang dan malam di kafe sebelum ini untuk mencari pendapatan. Cuma, sekarang ada projek akhir pengajian dan sus@h sikitlah untuk saya bekerja.

"Apapun, saya tak kisah orang nak cakap apa sebab tahu apa yang saya buat dan Allah juga tahu. Ketika saya bekerja dulu, dapatlah juga RM300 sebulan dan digunakan untuk membayar bil elektrik dan air, serta apa-apa yang patut," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: