18 June 2024

SELEPAS TIGA HARI TAYANGAN - FILEM 'ZIM ZIM ALA KAZIM' RAIH KUTIPAN RM1 JUTA



Selepas tiga hari ditayangkan di pawagam, filem 'Zim Zim Ala Kazim' berjaya meraih kutipan memberangsangkan iaitu sebanyak RM1 juta tontonan.
Berhubung kutipan itu, pengarah filem terb@bit yang juga seorang penyanyi, Mawi, 43, meluahkan rasa syukur apabila mendapat sambutan p0sitif terhadap karyanya itu.

"Alhamdulillah, pertama sekali saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini. Ternyata sambutan yang diterima sangat baik sehingga meraih kutipan yang tinggi di pawagam.

"Malah, komen-komen yang diberikan oleh mereka yang sudah menonton juga sangat p0sitif dan saya rasa ia antara fakt0r filem ini mendapat sambutan," ujar Mawi yang turut berlakon dalam filem itu.

Disamping itu, Mawi juga menyimpan harapan besar agar filem itu akan mengekalkan mom£ntum dari segi kutipan dan sambutan, walaupun masih terlalu awal.

"Selain mengarah dan berlakon, saya juga bertind@k sebagai penerbit dan pastinya harapan saya agar kutipan filem ini terus meningkat.

"Apapun saya tetap berterima kasih kepada semua pihak yang sudah menyokong filem ini, kepada yang belum menonton pula cepat-cepatlah ke pawagam," katanya.

Untuk makluman, filem 'Zim Zim Ala Kazim' mula ditayangkan sejak 13 Jun lalu, dimana ia diterajui Datuk Ustaz Kazim Elias dan turut menampilkan Mawi sendiri, Bell Ngasri, Anas Tahir, Elvina Chuah, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.

'Zim Zim Ala Kazim' berkisar mengenai pendakwah popular, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang pernah terkena peny@kit mist£ri akib@t disih1r.

Ia adalah filem kedua arahan dan terbitan Mawi yang ditayangkan di pawagam selepas filem 'Tiada Tajuk'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: