18 June 2024

DAPAT RESTU ANAK-ANAK - WILMA MUHAMMAD KEMBALI BERLAKON



"Memang tak boleh sorok daripada anak-anak sebab mereka pun terdedah dengan media sosial. Semestinya mereka tahu. Saya pun sudah beritahu awal supaya mereka tidak alami 'k£jutan budaya' bila ke sekolah.
"Walaupun saya sudah lama tidak muncul, bila mereka ke sekolah, kalau yang tahu, mereka akan sapa anak-anak saya. Masih ada yang ingat pada saya sejak dulu. Mereka okay saja. Saya ajar anak-anak sentiasa merendah diri dan berkawan dengan semua orang."

Demikian ujar pelakon, Wilma Muhammad, 51, dimana dia tidak pernah berahsia mengenai statusnya sebagai selebriti kepada anak-anak walaupun membuat keputusan berhenti berlakon lebih 20 tahun lalu.

Wilma yang popular pada era 1990-an menerusi filem 'Ghazal Untuk Rabiah' ini berkata, lambat laun anaknya itu akan tahu juga dan dia pun tidak sangka masih ada yang mengenalinya hari ini.

Dalam pada itu, ibu kepada lima cahaya mata ini turut mengakui sesekali rindu terhadap lakonan, namun dia t£guh fokus kepada keluarga.

Namun terkini, Wilma kembali aktif berlakon selepas mendapat restu anak-anak, selain memberitahu, sebenarnya anak-anak sudah menyuruhnya berlakon semula lebih empat tahun lalu.

"Saya sudah janji dengan diri sendiri, bila kahwin saya nak fokus kepada keluarga. Saya jadi suri rumah sepenuh masa. Bila dah ada anak, kena utamakan keluarga dulu.

"Apabila semua sudah besar, mereka cakap sekarang kalau saya nak teruskan berlakon, mereka bagi restu penuh. Semua sudah berdikari, tapi berbalik pula pada diri mempers0alkan keupayaan diri.

"Sebenarnya lebih empat tahun lalu mereka sudah beri 'lampu hijau'. Tapi saya yang tidak bersedia. Ada juga saya ambil tawaran sikit-sikit berlakon dalam drama," katanya.

Difahamkan, hati Wilma terpanggil untuk kembali menjayakan filem disebabkan mendapat panggilan peribadi daripada pengarah, Dr Ahmad Idham, dengan membawa watak utama filem 'Saka Perawan'.

"Tiba-tiba dapat panggilan Ahmad Idham, sepertinya Allah dengar keinginan itu," tuturnya.

Filem 'Saka Perawan' yang mengangkat genre s£ram komedi itu turut dibintangi Azlee Senario, Datuk Fauziah Nawi, Datuk Seri Eizlan Yusof, Afieq Shazwan, Sophia Albarakbah, Isyariana dan Nellisa Nizam.

Filem terbitan Grand Brilliance Studio dengan kerjasama Primeworks Studios (PWS) itu bakal ditayangkan di pawagam di seluruh negara mulai 27 Jun ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: