18 June 2024

HANTAR RIENA DIANA KE MASJID - KEITH FOO ANGGAP PERBEZAAN AGAMA BUKAN ISU, TERBUKA MENDALAMI ISLAM



"Saya anggap fasa ini adalah proses pembelajaran untuk saya mendalaminya dengan lebih dekat. Lagipun soal agama (Islam) ini bukan sesuatu yang asing dalam keluarga saya, namun ini adalah waktu terbaik untuk kami saling mengenali termasuk aspek lain.
"Cuma buat waktu ini saya memohon doakan yang terbaik supaya apa yang saya lalui sekarang akan lebih indah pada masa mendatang," kata pelakon Keith Foo, 41, dimana dia tidak menganggap perbezaan agama dengan teman istimewanya yang juga pelakon, Riena Diana, 27, sebagai sesuatu yang as1ng dalam kehidupan peribadinya.

Dalam pada itu, Keith yang berdarah campuran Cina dan India itu memohon orang luar mendoakan yang terbaik untuk dia mendekati agama Islam dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, Riena pula berkata, dia ada berbincang dengan Keith mengenai perbezaan agama antara mereka dan dia terbuka untuk mengenali agama Islam.

"Kami ada juga berbual mengenai perkara ini dan apa yang lebih indah adalah dia terbuka hati untuk belajar dan mendalami agama Islam bukan semata-mata kerana saya.

"Sebaliknya dia sendiri yang terbuka hati. Bagi saya selepas saya memilih untuk bersamanya, saya perlu berikan sepenuh tumpuan untuk hubungan ini," tuturnya.

Disamping itu, di pagi Aidiladha, Riena dan Keith yang baru-baru ini mengesahkan intim dan sedang berusaha mengenali hati budi masing-masing, telah mencuri tumpuan netizen melalui hantaran terbaru di media sosial.

Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkongsi foto di Instagram (IG) menampakkan mereka berada dalam kenderaan.

Klik untuk gambar besar
Melihat pada foto itu, ia tertera kapsyen menjelaskan buah hatinya itu menghantarnya menunaikan solat sunat Aidiladha.

Riena mengucapkan terima kasih kepada buah hatinya itu kerana sudi meluangkan masa menghantarnya : "Terima kasih kerana ambil dari rumah dan hantar saya ke masjid pagi ini."

Bagaimanapun, pada hantaran berikutnya, Riena yang juga bekas penyampai Hot FM itu berkongsi, dimana dia tidak sempat menunaikan solat sunat Aidiladha kerana lewat tiba di masjid.

Sebelum ini, Riena mendedahkan sudah menemui kebahagiaan dicari selepas mengenali Keith atau nama sebenarnya, Foo Chuan Chin, 41.

Riena memberitahu, hubungan mereka mula terjalin selepas digandingkan bersama dalam drama 'Salju Rindu' yang bakal disiarkan menerusi slot Akasia TV3, Ogos depan.

Untuk makluman, Keith berstatus duda anak satu selepas rumah tangga dibina bersama Kim Raymond pada 2015 berakhir dengan perceraian pada 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Skylar yang kini berusia tujuh tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: