18 June 2024

ELFIRA LOY LUAH RASA SYUKUR & GEMBIRA DAPAT JUGA BERTEMU IBUNYA DI MAKKAH - NETIZEN SIFATKAN UMPAMA 'PERTEMUAN' DI PADANG MAHSYAR



"Alhamdulillah, selepas banyak hari mencuba untuk bertemu dengan ibu saya, syukur dapat juga jumpa. Terima kasih pada semua yang membantu. Akhirnya, haji bersama-sama."
Itulah tulis pelakon Elfira Loy, 30, yang meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat juga bertemu ibunya, Filzah Yusoff di Makkah.

Perkongsian Elfira itu mendapat maklum balas p0sitif daripada netizen yang mendoakan segala urusan dua beranak itu dipermudahkan di Makkah.

Dalam perkongsian video tersebut yang dimuat naik di Instagram, Elfira dilihat membawa sekuntum mawar putih dan diberikan kepada ibunya sebaik mereka bertemu dengan diiringi pelukan serta linangan air mata.

Difahamkan, mereka sama-sama mengerjakan haji tahun ini tetapi pergi berasingan di mana Elfira mendapat jemputan daripada Kementerian Media Arab Saudi, manakala ibunya pula bersama Tabung Haji.

Meninjau di ruangan komen, mendapati ada netizen menyifatkan video pertemuan Elfira bersama ibunya itu umpama gambaran apabila kita mencari ahli keluarga di Akhirat nanti.

"Macam ini gambaran bila kita mencari ahli keluarga 'di sana' nanti?" komen seorang pengguna media sosial.

"Rupanya sus@h nak jumpa kat sana ye. Masya-Allah. Macam mana nak mencari ahli keluarga di Padang Mahsyar kelak. Hampir mustahil agaknya," komen netizen lain pula.

"Berdoa, di sana tiada yang dapat digambarkan melainkan dengan doa. Mintalah apa saja pun sebab Allah Maha Mendengar dan memakbulkan doa hamba-Nya," tulis wargamaya.

Sebelum ini, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, berangkat ke Makkah bagi menyahut panggilan haji pada 10 Jun lalu menerusi jemputan daripada Kementerian Media Arab Saudi.

"Di saat akhir, selepas menghantar ibu ke haji, saya mendapat berita tentang jemputan ini. Allah Maha Baik, baik sangat dengan saya, terima kasih ya Allah.

"Saya menyambut baik panggilan Allah, melalui sambutan haji di bawah Kementerian Media Arab Saudi. Jemputan ini adalah di saat terakhir, tapi saya anggap inilah panggilan yang sangat istimewa," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: