25 June 2024

BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH AWAL TAHUN DEPAN - JAMAL ABDILLAH KATA ISTERI KINI DIRAWAT IJN, AL4MI AL4HAN T£RUK & MUNT4H-MUNT4H



Nampaknya penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 65, bakal mencipta 'sejarah' lagi apabila dia tidak lama lagi akan menimang anak ketujuh selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, kini hamil dua bulan.

Paling menarik, dalam tempoh kira-kira enam tahun, Jamal dan Zai Izzati bakal memperoleh lima anak, dimana yang terbaru dijangka dilahirkan awal tahun depan.

Untuk makluman, Jamal dan Zai Izzati berkahwin pada pada 1 April 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.

Selain itu, Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

Dalam pada itu, Jamal ketika dihubungi, meluahkan rasa syukur apabila bakal dikurniakan anak lagi kerana katanya, ia adalah rezeki Allah SWT.

"Seronok tengok anak-anak. Macam-macam perangai," kata Jamal yang tidak menafikan cab@ran menguruskan anak-anak kecil dalam usia emas, namun dia bersyukur kerana mempunyai pembantu untuk menjaga mereka.

"Memang ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam. Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit," ujarnya

Sementara itu, Jamal turut memaklumkan isterinya kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akib@t al@han mengandung yang teruk dan munt@h-munt@h.

"Kepada sahabat sahabat yang isteri al@han mengandung, hati-hati kalau lebih seminggu munt@h dan tak makan.

"Kalau diberi ubat tah@n munt@h, boleh menyebabkan ser@ngan jantung. Sekarang di IJN, doakan kesembuhan untuk isteri saya," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Tambah Jamal, apabila isterinya mengandung, dia mengal@mi al@han tidak makan, tidak minum dan munt@h-munt@h angin.

"Sebelum ini, dia sudah dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama, dia al@han lepas mengandung, dia tak makan, tak minum dan air tak boleh masuk.

"Jadi, dia ditah@n di wad selama empat hari dan dibenarkan balik. Tapi balik rumah pun keadaannya sama juga, saya ris@u dan dia masuk hospital semula empat hari," katanya.

Menurut penyanyi legenda itu lagi, disebabkan al@han muntah-muntah, isterinya akhirnya terkena tir0id dan mengal@mi s@kit tekak.

"Kemudian doktor bagi ubat tah@n munt@h dan tir0id. Kedua-dua ubat ini kita tak tahu yang mana satu yang buatkan otot-otot dia jadi kejang dan tekak dia kejang.

"Tapi nampak hari ini Alhamdulillah, dia okey. Kandungan memang sihat. Sekarang memang dia di IJN. Semalam dimasukkan ke sal@h sebuah pusat perubatan di sini.

"Bila jadi begini, mereka pindahkan isteri ke pakar jantung dan itu yang dihantar ke IJN. Kami sedang tunggu keputusan daripada pakar jantung tapi nampak ada perbezaan dari hari itu," jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai keadaan isterinya yamg terkini, Jamal menjelaskan, Zai Izzati tidak lagi mengal@mi munt@h-munt@h serta tidak s@kit di bahagian tir0id.

"Nampak dah okey, Alhamdulillah. Esok dia kena buat angi0gram (masukkan tiub) untuk kenal pasti punca sebenar peny@kitnya. Saya ris@u juga.

"Apapun saya harapkan doa daripada peminat-peminat semua agar anak saya yang kelima ini sihat sampailah hari kelahiran," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: