25 June 2024

"SAYA SUDAH MAAFKAN DIA (PEMBUNVH) DARI DULU LAGI" - BAPA ARWAH ALONG SPOON



Bapa kepada penyanyi, Allahyarham Along Spoon iaitu Shafiee Mohd Yusof, 75, menjelaskan, dia sudah memaafkan pembunvh anaknya itu dari dulu lagi.
Shafiee atau lebih mesra disapa Pak Engku berkata, pada mulanya, dia tidak boleh menerima hakikat berita mengenai kem@tian anaknya itu.

"Saya sudah maafkan dia dari dulu lagi. Apa yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT. Pada awalnya, saya suk@r untuk menerima kenyataan dengan cara pemergian anak saya itu dan itu adalah kesil@pan saya.

"Selepas sekian lama, saya cakap 'Ya Allah, Kaulah berkuasa dan aku terima segalanya'," katanya yang tidak mahu berjumpa dengan individu yang membunvh anaknya itu.

"Saya tiada keinginan untuk berjumpa dengannya. Hati ini sudah terluk@, itu dia punya hal. Tetapi kalau dia datang nak minta maaf, saya terima. Tiada mas@lah pada saya. Kalau saya sendiri nak jumpa dia, mungkin tidak payahlah," jelasnya.

Dalam pada itu, Pak Engku berkata, setakat ini, individu terb@bit yang dibebaskan dari penj@ra tahun lalu tidak pernah datang untuk memohon maaf kepadanya dan keluarga.

"Saya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah. Bagi saya, apabila pesal@h sudah dilepaskan, tidak mengapa kerana dia lepas di dunia tetapi esok di akhirat menjawablah.

"Lagipun, aj@l m@ut ketentuan Allah. Kalau saya sihat dan gagah perkasa, saya tunggu dia depan penj@ra," tuturnya.

Terdahulu, bekas anggota polis iaitu Mohd Ya'cob Demyati yang menjalani hukvman penjara 33 tahun itu telah dibebaskan pada 16 November tahun lalu.

Dia didakwa membunvh Along Spoon atau nama sebenarnya, Sabi'ul Malik di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, jam 1 pagi, 26 Disember 1999.

Along yang popular dengan lagu 'Rindu Serindu Rindunya' ini sebelum itu dilaporkan hil@ng pada 25 Disember 1999.

Bagaimanapun, polis menemui r@ngka manusia yang dipercayai milik arwah yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: