"Assalamualaikum semua... Ok Sha baru je lepas dekat depan hospital, kita baru je lagi pergi hospital bersama Ubaidillah (Ubai - suami) dengan Seth Uwais (anak sulung).
"So, Seth telah diagnosed autisme di tahap satu or level satu," demikian jelas penyanyi Shila Amzah menerusi perkongsian di Instagram, dimana mendedahkan bahawa anak sulungnya, Seth Uwais disahkan menghid@p autisme tahap satu.
Menurut Shila lagi, dia pada awalnya sudah mendug@ sama ada anak lelakinya itu menghid@p autisme atau ADHD, namun persoalan itu terjawab setelah ia disahkan oleh doktor di hospital.
"Dia berada di tahap satu, autisme dia. Doktor sarankan dia jalani terapi dan hantar juga ke sekolah yang menerima kanak-kanak autisme.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Shila turut memohon orang ramai agar mendoakan anaknya, Seth Uwais boleh membesar dan belajar dengan baik di masa depan.
"Doakan kami sebagai mak bapa yang menjaga anak autistik, semoga kami boleh menjaga dia dengan baik dan mendidik dia dengan baik," tuturnya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen termasuk sokongan daripada netizen yang mendoakan semoga Shila dan Ubai kuat menghad@pi dug@an ini.
Terdahulu, anak sulung Shila mengal@mi mas@lah lambat bertutur atau 'speech d£lay' pada usia tiga tahun.
Sejak dari itu, Seth dipantau pakar yang mengesy@ki si kecil itu mengal@mi autisme.
Untuk makluman, Seth adalah anak daripada perkahwinan pertama Shila bersama Haris Idraki Elias, sebelum mereka disahkan bercerai.
Menjaga anak autisme bukanlah satu perkara yang mudah dan sangat menguji ketah@nan ment@l ibu bapa. Hanya mereka yang menghad@pinya saja memahami keadaan itu.
Apa pun, semoga Seth Uwais jadi anak yang soleh, taat kepada ibu bapa dan berjaya di masa hadapan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment