25 June 2024

"SAYA MINTA DIA CUBA PRIHATIN KEPADA IBU YANG NAK JUMPA DENGAN ANAK" - ISTERI IPPO HAFIZ HARAP KEM£LUT RUMAH TANGGA DAPAT DISELESAIKAN SECARA BAIK



"Saya cuba nak berbincang dengan dia (Ippo) pun, tapi saya tak dapat nak 'c0ntact' (hubungi). Jadi, macam mana saya nak bincang?"

Ujar isteri kepada komposer dan penyanyi, Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan, 36, dimana dia berharap kem£lut rumah tangga yang dihad@pi mereka dapat diselesaikan secara baik sebagai suami isteri demi anak-anak.

Dalam pada itu, Fara atau nama sebenarnya, Norfarahin Roslan berkata, apa yang diinginkannya adalah agar segala urusan ke arah penyelesaian berjalan lancar, mudah dan tidak perlu berg@duh serta dapat berbincang secara baik.

Selain itu, ditanya apakah masih ada jalan penyelesaian dalam perkahwinannya mereka tanpa berakhir perpisahan, jelas Fara, dia melihat amat penting wujudnya keharmonian dalam rumah tangga.

"Untuk saya, buat apa kalau satu rumah tangga itu tiada lagi keharmonian. Jadi, jalan penyelesaiannya atau jalan terakhirnya lebih baik kita berpisah, tapi dengan cara baik.

"Saya minta dia cuba jadi seorang lelaki bertanggungjawab, suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan prihatin kepada ibu yang nak jumpa dengan anak. Itu saja, dengan cara baik," katanya.

Sementara itu, peguam syarie mewakilinya, Rezal Mazli Abdul Muin, berkata, sebutan k£s nusyuz seterusnya pada 30 Julai depan, namun hanya perlu dihadiri peguam daripada kedua-dua belah pihak bagi menguruskannya di mahkamah.

"Bagaimanapun, anak guam saya yang memfailkan tuntutan hak penjagaan hadanah int£rim (sementara) di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, sebelum ini, sebutan k£snya pada 9 Julai depan.

"Ia bagi mendapatkan perintah sementara (hak penjagaan) untuk ibu ini (Fara) bertemu anaknya. Pada masa sama, kita juga tidak pernah menafikan pun hak ayah, hak ibu, hak datuk, hak nenek, tak pernah nafikan.

Klik untuk gambar besar

"Cuma, kita minta oleh kerana dalam k£s sy@riah ini disebabkan mereka masih suami isteri, jadi kita beri ruang untuk mereka berkomunikasi, cuba berhubung. Tetapi, bila gag@l, itulah baru peranan peguam terpaksa masuk mengikut pros£dur.

"Kalau ikut pros£dur, ia akan ambil masa agak lama, ada k0s, ada tertibnya nak kena buat, cuma saya nampak p0sitif untuk saya berbincang dengan peguam syarie pihak sana (Ippo) supaya kita boleh rekod satu penghakiman persetujuan," jelasnya.

Menurut Rezal Mazli lagi, pihak Fara sebagai plaintif, tidak akan menafikan hak ayah seperti hak lawatan, hak bermalam, hak cuti sekolah, hak beraya untuk bersama-sama, kalau memang jodoh sampai setakat itu saja.

Katanya, kedua-dua belah pihak juga sebagai ibu bapa cubalah menjadi kawan baik semata-mata untuk kebajikan anak.

Untuk makluman, pasangan Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Namun, Fara didakwa keluar dari rumah tanpa izin dan tidak pulang pada November tahun lalu.

Justeru, akib@t kem£lut rumah tangga yang berl@ku, anak sulung iaitu Yusof Zarin Nur, 4, kini di bawah jagaan Fara, manakala anak kedua, Ibrahim Afi Nur, 2, pula tinggal bersama Ippo.

Bagaimanapun, Fara memaklumkan sudah tidak berjumpa dengan Ibrahim sejak Februari lalu hingga sekarang dan mendakwa tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada kerana Ippo tidak dapat dihubungi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: