25 June 2024

JENAZAH KAMAL BAKAR SELAMAT DIKEBUMIKAN - KELUARGA TAK SANGKA ARWAH HID4P KANS£R PARU-PARU TAHAP EMPAT



Pada jam 2.20 petang hari ini, jenazah pelakon veteran Kamal Bakar, 62, yang meninggal dunia akib@t kans£r paru-paru tahap empat itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, di sini.

Untuk makluman, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Melaka, di sini, kira-kira jam 1 pagi, hari ini.

Sebelum itu, jenazah Kamal Bakar dibawa ke Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, untuk dimandi dan dikafan sebelum disolatkan.

Anak sulungnya yang juga seorang pelakon iaitu Muhammad Hanis, 35, berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka Allahyarham menghid@p kans£r paru-paru tahap empat.

Klik untuk gambar besar

"Sepanjang s@kit, ayah tidak banyak kar£nah atau meminta-minta. Perubahan dia memang dr@stik, mungkin rakan-rakan kenal dia baik dan mesra, tapi dengan anak-anak, dia memang t£gas.

"Namun, sejak s@kit, dia jadi sangat-sangat lembut dengan anak-anak. Sampaikan masa nak pergi hospital dia cakap, Hanis, tolong hantar ayah dan saya kata tidak mengapa, ayah tak minta pun kami akan buat," katanya ketika ditemui selepas pengebumian arwah bapanya itu.

Dalam pada itu, Muhammad Hanis turut menjelaskan, arwah bapanya itu sudah lama mengal@mi s£sak nafas, namun tiga minggu lalu, keadaannya t£ruk apabila tidak memberi respon terhadap panggilan.
"Ayah seperti berada dalam dunia sendiri, namun mulutnya sentiasa berzikir. Waktu solat, dia tetap akan solat. Dia dengar tetapi tidak memberi respon dengan panggilan hingga emak berasa ris@u dan meminta saya menghubungi ambulans," tuturnya.

Tambah Muhammad Hanis lagi, arwah bapanya itu kemudian dirawat di zon merah hospital dan terpaksa ditidurkan pada sebelah malamnya.

"Sampai sekarang saya masih terk£jut, namun tetap reda dengan ketentuan Allah,"ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: