27 June 2024

BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH PADA 7 JULAI INI - AWIE TERUJA MENANTI, BERI NAMA 'ARJUNA'



"Saya sudah memilih nama untuk anak ketujuh saya itu. Saya memilih nama Arjuna buatnya. Dia adalah Arjunaku! Teruja rasanya hendak menanti kelahiran cahaya mata ini. Jika diikutkan s£gan pada usia sebegini, namun saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah."
Demikian ujar penyanyi rock legenda, Datuk Awie, 56, yang berkongsi keterujaannya, dimana dia bakal menimang cahaya mata ketujuh yang merupakan lelaki, dijangka dilahirkan menerusi pembedahan pada 7 Julai ini.

Kata Awie atau pemilik nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, dia memilih nama Arjuna buat cahaya mata ketujuhnya itu, selain menjelaskan, dia bakal berada di Kelantan beberapa hari sebelum isterinya, Sharifah Ladyana melahirkan anak.

"Mengikut jadual, saya ketika itu berada di Kelantan atas urusan kerja, jadi pada malam itu juga saya perlu pulang ke ibu kota sebelum isteri masuk ke bilik pemb£dahan.

"Ini adalah antara peng0rbanan saya sebagai anak seni. Antara sebab beginilah kenapa saya rasa bersal@h pada isteri dan anak-anak.

"Namun j£rih p£rih kehidupan inilah saya lalui demi mereka. Semoga semua diluar sana mendoakan semuanya dipermudahkan dan dilancarkan," kata vokalis kumpulan Wings itu.

Untuk makluman, menerusi perkahwinan pertama Awie dengan bekas isteri, penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha, 24, dan Putri Aleefa Antasha, 22, kini menuntut di universiti.

Awie kemudian berkahwin kali kedua dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, namun sah bercerai pada 1 November 2014. Mereka dikurniakan tiga anak, Putra Ahmad Merrah, 17; Putra Ahmad Rezzki, 16; dan Puteri Qasseh Antasha, 14.

Bagaimanapun, pelakon filem 'Hantu Kak Limah' ini dipertemukan jodoh kali ketiga dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016 dan mereka sudah dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020 lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: