03 June 2024

BEKAS ISTERI KEC£WA CLIFF UMAR TOLAK SEMUA TUNTUTAN NAFKAH UNTUK ANAK-ANAKNYA TETAPI MASIH MAMPU MEMBELI 'BAHAN TERLAR4NG'



Semua sedia maklum mengenai penyanyi Cliff Umar, dimana dia baru-baru ini mengaku bersal@h di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan memiliki dad@h jenis heroin.
Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph, 42, didakwa memiliki heroin seberat 0.39 gram di tepi jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor pada jam 3.30 petang, 26 Mei lalu.

Berhubung itu, bekas isteri kepada Cliff iaitu Zurini Hasbullah, 44, meluahkan rasa kec£wa apabila bekas suaminya itu menolak semua tuntutan nafkah untuk anak-anaknya dengan alasan tidak mampu tetapi masih mampu membeli 'bahan terlar@ng'.

Zurini ketika dihubungi itu berkata, dia membuat tuntutan yang sangat rendah dari sepatutnya kerana memahami kesul1tan yang dihad@pi Cliff yang juga juara program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu.

"Peguam saya pun terk£jut. Dari tuntutan sebanyak RM500,000 ke atas, sekarang sudah makin rendah kerana tuntutan lain saya ketepikan sebab tengok keadaan dia.

"Saya minta nafkah anak, mutaah dengan iddah saja. Namun, itu pun Cliff tak nak bagi kerjasama. Peguam beritahu ini rundingan paling mudah sebab biasanya orang akan tuntut habis, tapi saya sebaliknya.

"Saya minta yang penting saja. Itu pun secara ansuran dan bila dia mampu bukannya mendad@k. Macam biasalah, dia kata kerja tak menentu dan dia tak mampu tapi macam mana dia boleh miliki dadah yang mahal harganya?" ujarnya.

Selain itu, kata Zurini lagi, dia sudah lama 'move on' dengan Cliff, selain bersyukur sudah bekerja sebagai peny£lia di sebuah hotel terkemuka di Kuching, Sarawak.

"Anak-anak dah pandai jaga diri sendiri kat rumah. Walaupun gaji saya separuh dari apa yang saya perlukan untuk sara mereka, tapi saya bersyukur sebab dah ada kerja.

"Sejak bekerja macam-macam rezeki masuk. Saya ditawarkan kerja di tempat lain dengan pangkat dan gaji lebih tinggi tapi saya kena fikir panjang kerana nak pindah rumah kena pakai duit banyak.

"Saya pun baru nak masuk empat bulan kerja. Bagi saya semuanya baik-baik saja kerana saya sukakan kerja ini," tutur Zurini yang merupakan seorang bekas pramugari.

Untuk makluman, Zurini berkahwin dengan Cliff pada 2008, sebelum bercerai pada 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak.

Difahamkan, dua anak lelaki mereka yang berusia 15 dan 12 tahun itu menghid@p autisme. Bukan itu sahaja, malah anak perempuan mereka berusia sembilan tahun itu turut mempunyai ciri-ciri disl£ksia.

Pada 2 Julai nanti, anak perempuan mereka akan menjalani pemeriksaan lanjut untuk penilaian kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: