03 June 2024

DEMI ANAK - ANZALNA NASIR S4NGGUP BERBELANJA BESAR, TAK HARAPKAN DUIT SUAMI



"Saya adalah wanita yang tidak mengharapkan lelaki. Sebelum berkahwin memang dah sediakan segalanya untuk masa depan saya dan anak-anak."

Itulah jelas pelakon Anzalna Nasir yang memberitahu, dia bukan wanita yang hanya mengharapkan wang daripada suami untuk memenuhi keinginan anak-anaknya.

Menurut Anzalna, apa yang dibelanjakan adalah hasil usaha sendiri, selain sudah mengatur kewangan demi masa depannya.

Klik untuk gambar besar

Anzalna berkata demikian ketika menjawab komen pengikut di media sosial miliknya, dimana dia ditanya mengenai kerjaya suaminya, Hanif Zaki sehingga dia mampu berbelanja besar.

Sementara itu, berhubung hadiah yang diberikan sempena ulang tahun anak sulungnya, Mohamad Eidress, Anzalna menjelaskan, sebagai wanita, jangan sesekali mengharapkan duit suami sepenuhnya dan perlu bijak menguruskan kewangan.

"Tidak semua perempuan hidup mengharapkan duit lelaki untuk nampak mewah. Bukan berlagak, tetapi perempuan sekarang ramai yang bekerjaya dan bijak menguruskan kewangan.
"Kalau suami hulurkankan duit... Alhamdulillah. Hidup jangan sesekali mengharapkan orang lain," ujar Anzalna yang sebelum ini berkongsi video memaparkan dia memberi wang berjumlah RM10,000 dan dompet jenama mewah buat Eidress sehingga ia tul@r dan menjadi bualan ramai.

Dalam perkongsian video itu, Anzalna meminta anak lelakinya itu memilih hadiah sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-5 pada 31 Mei lalu.

Untuk makluman, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016. Selain Eidrees, pasangan ini juga memiliki seorang lagi anak lelaki iaitu Mohamad Emirhan, 2 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: