04 June 2024

BEKAS SUAMI SUDAH BERKAHWIN SEMULA - JACLYN VICTOR UCAP TAHNIAH, JELAS MASING BERHUBUNG



"Sudah tentu saya tahu (perkahwinan baru bekas suami). Sejujurnya saya sangat gembira, sebab sebelum ini, dia berkata tidak mahu berkahwin lagi, namun akhirnya bertemu dengan seseorang dan berkahwin.

"Saya ada memberikan ucapan tahniah di Instagram Story dengan kapsyen mendoakan yang terbaik buat mereka. Saya doakan dia dan isterinya bahagia selamanya.

"Saya tak tahu mengenai perkahwinan mereka, namun hanya mengetahui menerusi Instagram. Dia (bekas suami) membuat pengumuman di Instagram saja.

"Kami masih lagi berkawan dan cuba untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak. Malah, bekas suami masih lagi berhubung untuk berkomunikasi untuk anak-anak."

Demikian jelas Jaclyn, dimana dia berkongsi rasa gembira mengenai berita bekas suaminya, Shawn Rivera yang kini sudah bertemu jodoh buat kali kedua sekitar April lalu.

Kata Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac, 46, dia mengetahui berita berkenaan menerusi laman Instagram bekas suaminya dan meninggalkan ucapan tahniah atas perkahwinan berkenaan.

Klik untuk gambar besar

Tambah Jaclyn lagi, bekas suaminya itu tidak tinggal di negara ini, sebaliknya dia bergantung pada tekn0logi untuk berhubung dengan anak-anak.

"Kebetulan pada awal Mei lalu, dia ada pulang ke Malaysia dan sempat bertemu dengan anak-anak," tutur bekas juara Malaysian Idol musim pertama itu.

Dalam perkembangan lain pula, pelantun lagu 'Gemilang' itu bakal mengadakan konsert solo pertamanya di Zepp, Kuala Lumpur, pada 12 Oktober lalu selepas 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Untuk makluman, Jaclyn dan Shawn berkahwin di sebuah ger£ja bersejarah di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014.

Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan sepasang cahaya mata, pasangan ini kemudian mengambil keputusan bercerai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: