04 June 2024

ADAKAN MAJLIS CUKUR JAMBUL & AKIKAH - 'NUR IZZARA' PELENGKAP HIDUP ALYAH & TOK RAM



Baru-baru ini, penyanyi Datin Alyah dan suaminya yang juga pemuzik, Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram, telah mengadakan majlis cukur jambul dan akikah buat anak angkatnya bernama 'Nur Izzara'.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Alyah yang meluahkan rasa syukur itu berkata, kehadiran 'cahaya mata' itu umpama satu rahmat buat rumah tangganya dan Tok Ram.

"Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kec£wa dan hati kita juga malah h@ncur dan r£muk. Tapi, bila kita mencari cinta Allah SWT, segalanya seperti mimpi yang indah.

"Terlalu banyak kebaikan yang diberikan kepada kita hingga ada kalanya kita m@lu nak meminta lebih kerana banyaknya d0sa-d0sa kita.

"Tapi, Dia tahu apa yang ada jauh dalam hati kita. Engkau Maha Baik Ya Allah SWT, lagi Maha Penyayang.

"Nur Izzara hadir dalam hidup kami. Tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hamba-Mu," tuturnya.

Dalam pada itu, tambah Alyah lagi, Allah adalah sebaik-baik perancang rancangan yang lebih baik daripada manusia.

"Peringatan buat saya, walaupun telefon bimbit ada kalendar yang mampu merancang segala jadual saya, tapi saya tetap tidak mampu melaw@n perancangan Allah SWT yang Maha Hebat dan Maha Kasih," katanya.

Perkongsian itu juga turut dis£litkan dengan ucapan terima kasih buat keluarga dan saudara mara yang membantu menyempurnakan majlis yang difahamkan berlangsung di Batu Pahat, Johor itu.

"Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga menguruskan segala-galanya untuk majlis akikah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji.

"Terima kasih adik beradik yang datang dari jauh, pakcik makcik juga saudara mara, ipar duai yang datang dari Singapura. Hanya Allah SWT sahaja mampu membal@snya.

"Terima kasih buat sahabat handai yang sudi bertandang memeriahkan lagu majlis kami dari jauh dan dekat. Terima kasih sangat-sangat. Terharunya saya.

"Dan buat semua penduduk sekitar walaupun saya hanya menump@ng kampung abang ipar saya, tapi, layanan kalian buat saya, suami dan seluruh keluarga terharu.

"Saya doakan kalian semua berada dalam rahmat Allah SWT," ujar Alyah yang turut memuat naik gambarnya bersama suami dan Nur Izzara, dimana ketiga-tiga mereka sedang duduk di pelamin kecil.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: