"Ensem suami saya.. dia cakap dia buat kerana Allah bukan kerana manusia.. Alhamdulillah"
Itulah tulis isteri kepada pelawak dan pelakon Johan Raja Lawak iaitu pelakon Ozlynn mengenai imej terbaru suaminya itu yang kini sudah mencukur bersih rambut sehingga botak.
Semua sedia maklum, Johan dan isterinya itu antara 11 pengamal media dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.
Kata Ozlynn lagi, Johan n£kad untuk mencukur bersih rambutnya yang sebelum ini panjang kerana Allah, selain turut memuji suaminya itu kacak dengan imej botak.
Dalam pada itu, ramai yang kagum apabila mendengar Johan fasih berkomunikasi dalam bahasa Arab bersama individu yang mencuci kepalanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment