10 June 2024

DIBERI REZEKI JADI 'TETAMU ALLAH' - ELFIRA LOY MENANGIS, SEAKAN TAK PERCAYA BAKAL TUNAI HAJI



"Saya, Nurul Elfira Loy dengan rendah diri memohon maaf seandainya saya ada tergur1s h@ti dan buat anda tid@k tenang dengan saya. Maafkan saya ya.

"Saya menyambut baik panggilan Allah, melalui sambutan haji di bawah Kementerian Media Arab Saudi. Jemputan ini adalah di saat terakhir ketika semua perancangan mereka telah selesai, tapi saya anggap inilah panggilan yang sangat istimewa.

"Di saat akhir, selepas menghantar ibu ke haji, saya mendapat berita tentang jemputan ini. Allah Maha Baik, baik sangat dengan saya, terima kasih ya Allah."

Demikian tulis pelakon Elfira Loy, 30, menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, dimana dia meluahkan rasa teruja dan seakan tidak percaya apabila diberi rezeki menjadi 'tetamu Allah' untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Difahamkan, Elfira Loy berangkat ke Tanah Suci Makkah, pada pagi ini bagi menyahut panggilan haji menerusi jemputan yang diperolehnya daripada Kementerian Media Arab Saudi.

Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy berasa teruja dan seakan tidak percaya dengan rezeki menjadi 'tetamu Allah' untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini, bagaimanapun menerimanya dengan berlapang hati.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan, dia dalam keadaan tangan yang masih menggel£tar ketika menaip luahan ayat-ayat dari hatinya itu.

"Doakan semoga perjalanan saya tenang, mudah dan selamat. Semoga saya peroleh haji mabrur," kata Elfira yang menerimanya dengan berlapang hati.

Menerusi hantaran video di ak@un TikT0k semalam, Elfira dilihat menangis selepas mencuba pakaian pemberian jenama muslimah tempatan untuk dibawanya ke Tanah Suci Makkah hari ini untuk menunaikan haji.

"Saya sangat tersentuh. Terima kasih sangat-sangat dekat semua orang yang banyak tolong saya. Rasa sebak sebab ini baju pertama yang saya cuba untuk 'packing' baju haji saya.

"Hari ini (semalam) hari pertama saya cuba baju-baju yang orang bagi. Saya tak pernah buat video menangis macam ini, tapi rasa terharu bila ramai sangat yang tolong siapkan baju, hantar tudung semua," tuturnya.

Kata Elfira lagi, semuanya berl@ku begitu pantas baginya apabila segala berl@ku dalam seminggu saja dan dia hanya mampu menerimanya dengan penuh rasa kesyukuran.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: