Pelakon veteran, Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa'diah Mohd Daud, 62, mengakui, dia kini ket@ndusan tawaran berlakon berbanding dahulu.
"Dulu saya tak pernah buat begini (tawarkan diri) kepada mana-mana penerbit agar bagi peluang berlakon kerana ia mem@lukan diri sendiri.
"Tapi sekarang saya dah tak p£duli. Saya perlukan sangat tawaran berlakon untuk t@mpung hidup dan untuk bayar segala kos serta perbelanjaan. Tak kisahlah watak kecil pun," ujarnya.
Berhubung itu, kata Mak Wan, dia buntu apabila nasibnya dalam industri seni semakin mal@p menyebabkan dia kini beralih arah kepada perniagaan makanan.
"Hari ini (Isnin) sehingga 16 Jun, saya mula berniaga di festival jualan di Pendang, Kedah. Saya jual mi kari dan laksa sebagai mata pencarian. Syukurlah bisnes saya ditul@rkan oleh seorang TikT0kers.
"Tapi saya tetap akan cari peluang berlakon kalau ada ruang. Ada yang kata nak panggil berlakon tapi tak jadi. Tak tahulah apa sal@h saya disebabkan kontr0versi hari itu.
"Saya dih@kimi sampai sekarang tiada 'job'. Ada bunga-bunga penerbit nak bagi 'job' tapi tak jadi," katanya.
Dalam pada itu, jelas Mak Wan, berniaga juga mempunyai cab@ran tersendiri terutama apabila festival jualan ditamatkan awal berikutan satu isu hangat di Kedah pada Ramadan lalu.
"Di situ terhentinya rezeki saya kerana orang lain buat hal sedangkan saya baru meniaga dua hari. Kasihanilah saya kena t@nggung kerug1an begitu sahaja. Siapa nak bayar kerug1an yang dialami?
"Sekarang faham-fahamlah keadaan cuaca tak menentu, sekejap panas, hujan serta ribut sehinggakan terpel@nting khemah dan semua barang-barang jualan.
"Allah dug@ saya lagi apabila menantu saya, Amira ditidurkan selama sebulan sejak Ramadan akibat s@kit leuk1mia dan meninggal pada Hari Raya kedua.
"Dia ada seorang anak kecil usia sembilan bulan yang kini dijaga oleh anak saya, Mohd Zakaria bersama mentuanya," tuturnya.
Ujar Mak Wan lagi, nasib malangnya itu seakan tiada kesudahan, namun dia reda dengan apa yang berl@ku.
"Saya sebenarnya hanya gag@hkan diri berniaga. Dengan keadaan cuaca, saya jadi mudah s£mput. Bayangkan saya pergi sendiri ke lokasi berniaga di mana-mana naik grab. Tiada siapa nak bawa.
"Cuma baru-baru ini anak saya ambil dan hantar sebab dia cuti. Dia pun tengok saya tak sihat. Tak dinafikan saya rasa lalui hidup paling sus@h sekarang.
"Khemah terbang melayang angkat sendiri. Kalau ada pembantu lainlah. Tapi saya tak mampu nak bayar.
"Saya mula berniaga dari jam 11 pagi sampai 11 malam tanpa cuti. Ada ketika saya s@kit tapi hanya Allah tahu keadaan saya," katanya.
Terdahulu, nama pelakon drama '7 Hari Mencintaiku 3' ini tercal@r apabila bekas suaminya itu mendedahkan Mak Wan mempunyai akhlak tidak baik.
Pendedahan itu disusuli dengan pendedahan lain dibuat seorang wanita di laman Tw1tter mendakwa Mak Wan melakukan sih1r kepada neneknya kerana cembvru.
Tidak lama selepas itu, tul@r pula video yang merakam gelagat Mak Wan berkaraoke dalam tempoh idah.
Kemudian, bekas pembantu peribadinya itu tampil mendedahkan perbuatan syir1k pelakon itu menerusi beberapa video yang tul@r dalam aplik@si TikT0k.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment