25 June 2024

DIDAKWA SENGAJA GUNA NAMA ARWAH HUZZ - PELAKON DWAN HAMID AKUI TIADA NIAT, MOHON MAAF



Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan pelakon Dwan Hamid, 32, sengaja menggunakan nama wartawan hiburan, Allahyarham Huzz bagi mendapatkan tawaran berlakon selepas memuat naik gambar dan video di media sosial ketika menziarah Allahyarham di hospital.
Berhubung dakwaa itu, Dwan yang juga dikenali sebagai selebriti ular Malaysia berkata, dia tiada niat mempergunakan nama arwah Huzz, selain turut meminta maaf jika tind@kannya itu turut meny1nggung perasaan keluarga Allahyarham.

"Niat saya baik. Tak tahu pula ada yang sal@h faham. Saya betul-betul ikhlas menjaga arwah (Allahyarham Huzz) ketika di hospital. Tiada niat lain.

"Saya tiada niat mempergunakan nama arwah biarpun selepas meninggal dunia semata-mata untuk mendekati orang dalam indusri bagi mendapatkan tawaran berlakon.

"Namun, kalau ada yang tidak percaya, saya tak boleh buat apa. Saya pun tak perlu nak buktikan apa-apa, kerana apa yang lebih baik sekarang adalah kita semua mendoakan arwah.

"Jauh di sudut hati, saya memohon maaf kepada keluarga Huzz jika sepanjang saya menjaga arwah sudah meny1nggung perasaan mereka," tuturnya.

Dalam pada itu, Dwan atau nama sebenarnya, Muhammad Ridzuwan Shahul Hamid, bercadang untuk berjumpa keluarga Allahyarham bagi menjelaskan perkara itu.

"Saya tiada niat untuk membelakangkan peranan keluarga, jauh sekali menggantikan tempat mereka. Saya hanya menggunakan peluang ketika itu untuk menjaga insan yang banyak membantu dan sangat saya hormati.

"Saya harap tiada lagi sal@h faham yang timbul. Saya bercadang mahu bertemu sendiri dengan keluarga arwah untuk meminta maaf susulan dakwaan yang timbul," katanya.

Selain itu, menurut Dwan lagi, arwah Huzz ialah wartawan pertama yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan menulis cerita mengenai dirinya dalam majalah URTV.

"Sejak mula berjinak-jinak menjadi pelakon pada 2010, saya bukan siapa-siapa ketika itu. Huzz ialah wartawan pertama yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan tulis cerita mengenai saya dalam URTV.

"Beliau wartawan terkenal tapi sangat merendah diri dan suka membantu orang lain juga untuk terus maju. Huzz memang suka tengok orang lain berjaya.

"Ketika tiada siapa yang mahu memberi ruang publisiti kepada saya, hati Huzz sangat mulia mahu membantu anak-anak muda seperti saya yang berhijrah dari Taiping, Perak ke Kuala Lumpur demi mencuba nasib dalam bidang seni," ujarnya.

Sebelum ini, Huzz atau nama sebenarnya, Kamal Huzaini Kamaludin, meninggal dunia akib@t kans£r usus pada 8 Jun lalu di kediaman keluarganya di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Jenazah Huzz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat daerah Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, Kepala Batas.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: