25 June 2024

IPPO HAFIZ ENGGAN BERI SEBARANG KOMEN MENGENAI ISU JUMPA ANAK KEDUA, BIMB4NG BOLEH MEMBUKA A1B ISTERI



"Berkenaan isu anak, buat masa ini, saya tidak mahu beri sebarang komen. Saya serahkan semuanya kepada mahkamah dan semoga semua urusan dipermudahkan dan lancar.
"Sekiranya ada rasa ketidakpu@san h@ti (pihak isteri) boleh cerita di mahkamah saja. Sebab, kalau bercakap soal anak, saya pun sudah lama tidak bertemu dengan anak pertama kami.

"Saya pun tak nak bercerita lebih kerana bimb@ng ia akan menjadi a1b, jadi biarlah kita serahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikannya nanti. Saya mohon doa yang baik-baik."

Demikian jelas komposer dan penyanyi, Ippo Hafiz, 34, yang enggan memberi sebarang komen mengenai isu berjumpa anak kedua mereka, Ibrahim Afi Nur, 2, yang masih dipers0alkan isterinya, Fara Roslan, 36, kerana bimb@ng boleh membuka a1b isterinya itu.

Kata Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz, dia mahu fokus kepada satu persatu isu untuk diselesaikan mengikut apa yang ditetapkan oleh pihak Mahkamah Syariah.

Ippo hadir bersama peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan bagi sebutan keempat tuntutan k£s nusyuz yang difailkannya terhadap Fara pada 12 Mac lalu, dimana dia didakwa keluar dari rumah mereka sejak November tahun lalu.

Berbicara sebutan k£s nusyuz yang berlangsung semalam, Fakhrul Azman mewakili Ippo berkata, proses yang dilalui adalah pemfailan kepada jawapan pembelaan daripada kedua belah pihak plaintif (Ippo) dan responden (Fara).

"Setakat ini, pihak kami (plaintif) sudah menerima penyata tuntutan pembelaan yang difailkan defendan. Jadi, hari ini (semalam) kami juga memfailkan jawapan kepada pembelaan itu dari segi 'ple@ding' iaitu dokumen berkaitan tuntutan yang sudah diselesaikan.

"Cuma sekarang ini adalah dokumen atau keterangan yang kita hendak guna semasa perbicaraan nanti yang perlu difailkan sebelum 30 Julai depan, sebagai pengurusan kes yang memb@bitkan peguam dengan mahkamah saja," katanya.

Sementara itu, mengulas isu hadanah (penjagaan anak) pula, Fakhrul Azman memaklumkan, pihak anak guamnya, Ippo sebagai responden baru saja menerima dokumen tuntutan hadanah int£rim (sementara) daripada plaintif, hari ini dan sebutan kes pada 9 Julai depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Untuk makluman, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Yusof Zarin Nur, 4; dan Ibrahim Afi Nur, 2.

Apabila k0nflik rumah tangga berl@ku, anak sulung, Yusof Zarin Nur kini menetap bersama Fara, manakala Ibrahim Afi Nur pula di bawah jagaan Ippo yang hingga kini Fara tidak berpeluang bertemu anak keduanya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: