"Terus kuat 'daddy'," tulis pelakon Nora Danish, 42, di Instagram Story, dimana dia tetap memberi kata-kata semangat buat bekas suaminya, Nedim Nazri, 41, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, di sini, walaupun sudah bercerai.
Dalam perkongsian yang menggunakan latar belakang foto Nedim sedang terbaring atas katil di hospital itu, Nora mendoakan bekas suaminya yang dipanggilnya 'daddy' supaya kuat berd£pan dug@an kesihatan yang dial@minya.
Sebelum ini, Nedim memaklumkan, dia dimasukkan ke ICU di sebuah hospital, di sini, namun dia tidak menyatakan apa mas@lah kesihatannya itu hingga terpaksa dirawat di ICU.
"Sudah berumur 41 tahun dan saya kini dalam hospital, ICU," tutur Nedim atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri.
Silaturahim pasangan yang baru sahaja sah bercerai minggu lalu itu ternyata menuai sorotan p0sitif daripada netizen.
Nora dan bekas suaminya itu dipuji kerana masih berbaik dan akrab, meski sudah tidak bergelar suami isteri.
Klik untuk gambar besar
"Baiknya Nora, bekas suami s@kit pun dia sempat pergi melawat. Memang profesional," antara komen netizen.
Terdahulu, Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi pros1ding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Berita itu menyusul selepas sekitar hujung April lalu, Nora membuka mulut mengenai rumah tangga mereka memang sudah berg0lak. Namun, mereka tetap berbaik demi anak-anak.
Untuk makluman, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment