24 June 2024

BAPA DIS£RANG ANGIN AHMAR SUDAH DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL - AYDA JEBAT BANTU URUSKAN, AKUI TUMPUAN UNTUK PERTANDINGAN SEDIKIT SEBANYAK TERG4NGGU



"Alhamdulillah, ayah saya sudah pulang ke rumah dan menunjukkan perkembangan p0sitif. Kami juga sudah menyusun jadual untuk sesi fisiot£rapi dan akupuntur.

"Mengikut kata doktor, untuk pulih memerlukan kesabaran dan disiplin kerana ia memakan masa. Jadi, saya dan keluarga sedaya-upaya untuk membantu ayah.

"Buat masa ini, dia tidak mampu untuk bercakap pun, tapi saya tahu semangatnya kuat. Malah, saya mendapat semangat untuk berjuang ini pun daripada ayah saya juga."

Demikian kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang memberitahu, bapanya iaitu Jebat, 54, yang dimasukkan ke hospital akib@t s£rangan angin ahmar itu sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Jelas Ayda lagi, bapanya yang sebelum ini hanya minum susu, juga menunjukkan perkembangan p0sitif apabila sudah boleh makan.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Ayda mengakui, sedikit-sebanyak tumpuannya untuk pertandingan 'The Hardest Singing Show' dan bapanya berbelah bagi.

"Apabila saya tahu mengenai keadaan ayah, saya bergegas pulang ke Melaka untuk menguruskan dan sebagainya. Jadi tumpuan untuk program itu memang terg@nggu.

"Apa pun, saya menganggap apa yang berl@ku sebagai cab@ran dan dug@an. Namun, syukur saya mendapat kekuatan untuk kembali bertanding pada minggu ini.

"Malah, keluarga juga meminta saya memberikan tumpuan kepada pertandingan memandangkan berbaki beberapa minggu saja lagi," tuturnya.

Sebelum ini, isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu memuat naik perkongsian memaklumkan, bapanya dis£rang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: