24 June 2024

DATUK RED DALAM KEADAAN 'STANDBY' JIKA KEDUA-DUA ISTERINYA MAHU KEMBALI RUJUK SEMULA : "SELAGI JANDA SAYA TAK KAHWIN, SELAGI ITU SAYA TAK KAHWIN"



"Selagi janda saya tak kahwin, selagi itu saya tak kahwin. Maknanya saya dalam mode 'standby', saya sentiasa menunggu tawaran mereka tapi kalau mereka berkahwin lain..nak buat apa lagi?"
Itulah ujar usahawan, Datuk Red yang berkata, dia kini dalam keadaan 'standby' jika kedua-dua isterinya iaitu Sharifah Nur Shafila (Datin Red) dan penyanyi, Adira Suhaimi mahu kembali rujuk semula.

Jelas Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, dia tidak akan berkahwin selagi kedua-dua bekas isteirnya itu belum berkahwin lagi.

Selain itu, Datuk Red memberitahu, dia niat untuk kembali berkahwin bukan kerana n@fsu tetapi memikirkan apabila tua kelak tidak mahu menyus@hkan anak-anak mahupun adik beradik.

"Saya fikir nak kahwin ni hanya untuk s@kit pening ketika tua nanti. Takkan saya nak menyus@hkan anak-anak atau adik-beradik. Nak kahwin bukan lagi kerana n@fsu," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: