24 June 2024

DUA DEKAD H4RUNGI PERJALANAN BERL1KU SEBAGAI ANAK SENI - IMPIAN JACLYN VICTOR BERADA DI PENTAS MEGA SECARA SOLO AKHIRNYA BAKAL JADI KENYATAAN



"Mengapa selepas 20 tahun? Ini adalah masa yang tepat untuk saya, namun tidak dinafikan banyak kegus@ran yang bermain di benak fikiran. Namun, saya mengambil pendekatan untuk redah dan jalani saja kerana sudah tiba masanya.
"Konsert ini sangat bermakna bagi saya. Penanda aras untuk tempoh 20 tahun saya dalam industri ini dan masa untuk memberi semula kepada penyokong saya.

"Bukan mudah perjalanan untuk kekal relevan dalam industri tanpa sokongan hebat peminat membuatkan saya sangat teruja."

Demikian tutur penyanyi Jaclyn Victor apabila impiannya untuk berada di pentas mega secara solo akhirnya bakal menjadi kenyataan pada 12 Oktober nanti, selepas dua dekad mengh@rungi perjalanan berl1ku sebagai anak seni.

Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, kemunculan Jaclyn Victor First Solo Concert berkenaan di Zepp Kuala Lumpur nanti, disifatkan sebagai hadiah bermakna dalam portf0lio seninya, sekali gus menjadi penanda aras dalam berkarya.

Dalam pada itu, juara program realiti Malaysia Idol ini tidak menafikan keraguan terhadap penerimaan ramai mengenai konsertnya itu.

"Dulu saya selalu bertanya pada diri sendiri, kalau saya buat konsert, ada atau tidak orang datang. Mungkin orang kenal Jaclyn Victor, tapi tidaklah popular mana.

"Tambahan lagi, saya tidak ke depan dalam menggunakan media sosial. Artis baharu pengikut berjuta. Saya pula, bertungkus-lumus, kerja k£ras tapi pengikut media sosial sedikit," ujarnya.

Selain itu, Jaclyn yang mesra disapa Jac, terpaksa menolak beberapa tawaran lain demi memberi fokus terhadap konsert solonya itu.

"Saya sudah fikirkan mahu membuat konsert ini sejak tahun lepas, memandangkan tahun ini genap 20 tahun, dalam industri. Lagipun, saya ada kawan yang mahir dalam bidang penganjuran konsert.

"Saya tolak dengan cara baik tawaran mengadakan konsert lain. Jika tahun depan dapat (tawaran) saya boleh fikirkan, tahun ini saya fokus untuk ini," jelasnya.

Mengulas mengenai projek antara Rag Doll Records dengan Banyak Bagus Entertainment dan Awake Production itu, Jac mengakui mengutamakan vokalnya berbanding asp£k lain untuk konsertnya nanti.

"Semua berbalik kepada kekuatan saya iaitu persembahan vokal yang menjadi antara sebab utama kenapa penonton perlu datang menyaksikan konsert itu kelak.

"Saya tak pandai menari. Jadi fokus utama adalah bagi kekuatan saya, iaitu persembahan vokal, namun perlu ada rehat yang cukup, sebab nanti nak menyanyi tanpa henti dalam tempoh panjang.

"Ini penting. Saya juga elak makan 'benda' yang tidak perlu. Saya seorang penyanyi, suara saya adalah satu anugerah. Pemilihan lagu dan pakaian atau penyanyi jemputan belum kita muktamadkan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: