24 June 2024

BELLA ASTILLAH MASIH TERK£JUT DENGAN PERCERAIAN - PUTERI SARAH SETIA BERI SOKONGAN : "INI KALI KEDUA DIA BERCERAI & SAYA TUMPANG SEDIH KERANA MEMIKIRKAN ANAK-ANAKNYA"



"Saya dah lama tak jumpa dengan Bella dan masa dia bercerai di mahkamah, saya tak sempat nak jumpa dia. Kebetulan masa sambutan raya haji, kami berpeluang bertemu sambil bawa anak-anak bersama.
"Dapat dikatakan, dia masih dalam keadaan terk£jut dan sedang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Sebagai sahabat, saya kena beri sokongan dan semangat kepada Bella untuk dia meneruskan hidupnya."

Itulah kata pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, dimana dia akan terus setia menjadi sist£m sokongan buat sahabatnya, Bella Astillah, 30, yang difahamkan masih berada dalam keadaan terk£jut kerana perceraiannya dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, baru-baru ini.

Jelas Sarah, dia baru berkesempatan berjumpa Bella dan berusaha sebaiknya membantu memberikan kata-kata semangat kepada pelakon dan penyanyi berkenaan.

Dalam pada itu, Sarah juga percaya Bella pasti mampu cekalkan diri, apalagi memikirkan dua cahaya matanya dalam meneruskan kehidupan ke depan dengan status baharunya.

"Dia masih sedih, itu sudah tentu. Saya dulu tak sedih sebab dah lama 'move on'. Bagi Bella, dia masih tak boleh menerima kenyataan tetapi dia mencuba. Sebab ini kali kedua dia bercerai dan saya tumpang sedih kerana memikirkan anak-anaknya.

"Tetapi saya nak dia tahu, saya sentiasa ada di sisi untuk menyokongnya. Saya ada pesan kepadanya, kalau ada apa-apa tolong beritahu saya," tuturnya.

Pada 13 Jun lalu, pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari. Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.

Sebelum ini, Aliff dan Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 itu pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019, namun, rujuk semula.

Hasil perkongsian hidup, Aliff dan Bella dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: