08 June 2024

ELLIE SURIATY BERHASRAT MAHU ADA SUAMI YANG IRING JENAZAHNYA NANTI



"Saya suka dengan perkahwinan, saya suka peranan sebagai isteri. Perkahwinan juga hal penting dalam kehidupan kita, tetapi saya reda dengan takdir jika begini ketentuan Tuhan buat saya.
"Saya juga jika boleh ingin ada suami yang akan mengiringi jenazah nanti. Jika tiada suami, bekas suami pun tidak mengapa.

"Saya selesa begini dengan beri tumpuan pada anak dan kerjaya. Pertamanya kita perlu self-love dahulu. Saya pula tidak keluar dan jenis yang keluar hanya untuk kerja sahaja."

Itulah kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty, dimana dia mengakui selesa menjalani kehidupan sendirian, meskipun menyimpan hasrat agar ada suami yang dapat mengiringi jenazahnya apabila dia pergi menghadap Ilahi suatu hari nanti.

Dalam pada itu, Ellie yang berpisah dengan bekas suaminya yang juga pelakon, Azri Iskandar, berkata, perkahwinan tidak lagi menjadi fokus utamanya.

Sementara itu, tambah Ellie lagi, ada rakan-rakan yang cuba memperkenalkan dirinya dengan beberapa lelaki, namun baginya apa yang penting adalah keserasian dengan individu itu.

"Saya lebih pentingkan keserasian, jadi andai kata bila ada orang suka dengan kita, tetapi kita tidak suka dengan dia, suk@r juga hubungan itu hendak menjadi.

"Lagipun, saya kini sudah menjangkau usia lebih 50 tahun, sekiranya ini (perceraian) itu berlaku ketika di usia 20-an mungkin tempoh masa itu agak panjang," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: