08 June 2024

DEDAH PAKAI BAJU RM19 - FASHA SANDHA DIPUJI 'HUMBLE'



"Tak kisah, macam baju yang saya pakai ini beli di Sh0pee saja, RM19 saja. Kena pandai cari."
Demikian ujar pelakon Fasha Sandha menerusi video dikongsikan oleh produk kecantikan itu, dimana dia mendedahkan baju yang dipakainya itu berharga RM19 dan dibeli secara dalam talian.

Video yang memaparkan Fasha sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah sambil berkongsikan mengenai baju yang digayakannya itu menjadi tul@r di media sosial.

Dalam pada itu, Fasha berkata, kebiasaannya dia tidak mencuba pakaian yang dibeli kerana kebanyakannya sesuai di tubuh badannya.

"Tidak, saya tak cuba. Alhamdulillah. Selalunya muat, macam boleh agak-agak saja. Saya dah tahu saiz apa tetapi ada sesetengah baju saya nak jenis besar sedikit, tak ketat sangat. Ada juga yang kita nak yang fit, jadi ikut situasi," katanya.

Perkongsian Fasha itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu tetap cantik dan juga 'humble', meskipun mengenakan pakaian murah dan baju tersebut dilihat mahal dipakai olehnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: