08 June 2024

S AMIN SHAHAB TERIMA SUMBANGAN DARIPADA PERDANA MENTERI



Baru-baru ini, penulis lirik dan pelukis terkenal, S Amin Shahab yang menghid@p s@kit jantung dan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) itu telah menerima kunjungan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi.
Farhan menerusi aplik@si TikT0k berkata, dalam rangkuman Ziarah Madani ini, dia berkunjung ke rumah Amin di Bandar Baru Selayang.

"Saya meluangkan masa menziarahi Syed Mohd Amin Syed Hashim atau S Amin Shahab yang dilaporkan menghadapi masalah jantung, baru-baru ini.

"Alhamdulillah, sewaktu berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Selayang, dia memaklumkan sudah selesai menjalani rawatan di Institut Jantung Negara dan kelihatan keadaannya bertambah baik.

"Peminat industri muzik dan seni lukisan pastinya kenal 'living legend' S Amin Shahab yang banyak menghasilkan karya-karya ulung.

"Antaranya 'Suci Dalam Debu', 'Di Pintu Mahligai', 'Kekasih Awal dan Akhir', 'Ku Di Halaman Rindu', 'Seribu Bayangan', 'Keroncong Untuk Ana' dan banyak lagi," katanya.

Dalam kunjungan itu, Farhan turut menyampaikan salam daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menyampaikan sumbangan daripada beliau buat Amin untuk men@mpung k0s perubatannya.

"Perdana Menteri mendoakan agar saudara Amin dikurniakan aafiyah dan kekuatan untuk terus berkarya, InsyaAllah," katanya mewakili Anwar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: