08 June 2024

"MEMANG TAK ADA SINAR... DUA-DUA DAH 'MOVE ON'..." - ADIRA SUHAIMI T£GAS TAKKAN RUJUK SEMULA DENGAN DATUK RED



"Jangan cerita mengenai 10 tahun yang akan datang sebab esok pun kita tak tahu apa ceritanya lagi. Tapi buat masa sekarang ini kamu semua tanya rujuk atau jadi suami isteri semula, memang tak ada sinar.

"Datuk nak fokus untuk menyelesaikan semua mas@lah dia. Saya pula fokus untuk membesarkan anak-anak. Jarang saya s£rius, tapi ini cerita betul supaya kamu semua tidak ulang soalan yang sama."

Demikian t£gas penyanyi Adira Suhaimi yang menjelaskan, dia dan bekas suaminya, Datuk Red tidak akan rujuk semula bagi menyelamatkan perkahwinan mereka.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Adira berkata, antara mereka sudah tiada sinar kerana masing-masing mempunyai fokus dan mahu meneruskan kehidupan.

Dalam pada itu, Adira memberitahu, dia tetap dengan pendirian untuk meneruskan kehidupan, meskipun ramai yang berharap dia kembali bersatu dengan Datuk Red.

Selain itu, ujar Adira, dia dan Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, sudah menerima takdir yang tertulis dan boleh berkomunikasi dengan baik.

Menurut penyanyi itu lagi, dia kini lebih selesa bersahabat dengan bekas suaminya itu dan menjalin hubungan baik demi anak-anak mereka.

"Kalau kami tak 'move on' lagi... tak adalah kami boleh berborak dan bergurau macam sekarang ini. Saya ni kalau tak 'move on' lagi, saya takkan jumpa dengan orang tu. Sekarang ini komunikasi kami bagus dan dua-dua dah 'move on'," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Adira turut mengulas mengenai bekas suaminya yang datang ke rumah dalam tempoh edah, dimana dia berkata, ia bukan sesuatu yang sal@h apatah lagi mahu bertemu dengan anak-anak.

"Datuk nak fokus selesaikan mas@lah dia... saya pula besarkan anak-anak. Dalam tempoh edah memang dia boleh datang rumah tapi kalau dah tidak dalam tempoh eah masih datang rumah itu sudah p£lik. Waktu edah tak ada yang p£lik dia datang rumah ke apa," katanya.

Sebelum ini, hubungan antara Adira dan Datuk Red sebagai pasangan suami isteri terlerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 24 April lalu.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman.

Ini bukan kali pertama, Adira pernah memfailkan cerai pada tahun 2019, namun menarik semula demi anak-anak.

Untuk makluman, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: