23 June 2024

HUBUNGAN ISTIMEWA - REDZA ROSLI & BELLA HANNA BIJAK SOROK HINGGA HARI NIKAH



Umum sedia maklum mengenai pasangan pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna, dimana mereka telah pun selamat bernikah dengan sekali lafaz pada jam 4.05 petang, kelmarin.
Ini kerana tind@kan pasangan itu meng£jutkan ramai pihak termasuk peminat apabila mereka dilihat bijak menyorok hubungan istimewa mereka sehingga majlis pernikahan berlangsung semalam.

Kata Redza atau nama sebenar Ahmad Redza Rosli, 32, dia tidak gemar berdua-duaan dengan Bella dan jika keluar bersama, dia akan melaporkan semua gerak geri mereka kepada bapa Bella.

"Saya tidak suka temu janji berdua-duaan, selalunya saya terus ke rumah mak ayah dia minta izin. Walaupun ajak pergi makan berdekatan kawasan rumah pun saya akan minta izin dan restu. Saya sendiri akan kemas kini ayah dia ke mana kami pergi setiap masa," ujarnya.

Dalam pada itu, berhubung perancangan bulan madu, Redza memberitahu, dia berhajat membawa isterinya itu menunaikan umrah apabila selesai semua urusan kerja.

Selain itu, Redza yang menyerahkan mas kahwin RM3,000 kepada Bella itu turut berkata, mereka menyerahkan soal anak kepada Allah SWT.

"Perancangan bulan madu buat masa sekarang tak sempat sebab jadual kerja saya padat. Saya buat persiapan pernikahan ini pun ketika sibuk menjalani penggambaran, malah kursus kahwin pun saya pergi masa cuti bulan lalu.

"Insya-Allah saya nak bawa isteri tunai umrah sebab kena berterima kasih pada Allah yang memudahkan urusan pernikahan kami. Soal anak kami serahkan pada rezeki," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: