22 June 2024

DIDAKWA SUDAH BUAT PERSIAPAN KAHWIN - EYKA FARHANA TAMPIL NAFI



"Tidak benar. Kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk bernikah tahun ini. Jangan percaya dengan khabar angin yang tidak s@hih.
"Jika ada tarikh rasmi yang sudah ditetapkan saya sendiri akan maklumkan pada semua. Tapi buat masa sekarang belum ada berita gembira yang dapat saya kongsikan."

Itulah jelas pelakon Eyka Farhana yang tampil menafikan dakwaan dimana dirinya sudah membuat persiapan untuk menamatkan zaman solo bersama kekasih yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid pada tahun ini.

Kata Eyka atau nama lengkapnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, dia dan Akhyar belum membuat sebarang perbincangan ke arah itu kerana kedua-duanya masih saling mengenali antara satu sama lain.

Eyka yang dilihat tidak melat@h dengan khabar angin itu, bagaimanapun berharap peminat dapat mendoakan agar impiannya untuk melangkah ke fasa perkahwinan berjalan lancar dan dipermudahkan.

"T1pulah kalau saya katakan tidak teringin untuk bergelar isteri, tapi masanya belum tiba lagi. Sebenarnya ada banyak kom1tmen yang perlu saya selesaikan. Saya ada tanggungjawab besar untuk keluarga.

"Namun begitu, saya harap anda semua dapat mendoakan yang terbaik untuk kami berdua," ujar pelakon berusia 29 tahun itu yang sebelum ini dilihat menutup status perhubungan dengan kekasih hati kepada umum, namun mula terbuka berkongsi kisah cinta bersama pemain bola sepak itu sejak 2020.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: