09 June 2024

JEMPUTAN KEMENTERIAN MEDIA ARAB SAUDI - JOHAN MENANGIS GEMBIRA BAKAL TUNAI HAJI BERSAMA ISTERINYA, OZLYNN : "KITA BANYAK BUAT D0SA, ALLAH TETAP PILIH KITA UNTUK DATANG"



Rezeki Allah tanpa disangka... Itulah dihad@pi pelawak Johan dan isterinya, pelakon Ozlynn apabila mereke terpilih antara 11 pengamal media dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.
Menerusi video yang dikongsikan Utusan Online, Johan berkata, dia menangis gembira kerana tidak sangka mendapat tawaran tersebut serta pada awalnya merasakan ianya satu sc@m.

"Saya sebenarnya tak peduli la. Berita gembira tu, buat saya menangis gembira. Saya tak peduli walaupun dia sc@m. Katakanlah benda tu sc@m, berita tu sahaja dah buatkan saya menangis gembira," tuturnya.

Sementara itu, Ozlynn pula berkongsikan momen ketika suaminya memberitahu mengenai berita tersebut, Johan menangis diatas rezeki yang diterima serta dia juga tidak tahu kebaikan apa yang dilakukan sehingga diberikan peluang berkenaan.

"Mama, I tak tahu apa kebaikan yang I buat sampaikan Allah bagi I peluang ni. Kita pun macam tak percaya juga. Lepastu sama-sama menangis. Ohh rezeki ni rezeki," katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata sebagai manusia dia mempunyai banyak dosa namun tetap dijemput oleh Allah ke Tanah Suci dan sempat berkongsi doa yang diamalkan mereka sekeluarga serta percaya doa berkenaan dimakbulkan Allah.

"Sebab kita banyak buat d0sa. Allah tetap pilih kita untuk datang. Mahal lah benda tu. Sebab dalam doa kita, kita selalu doakan dan kita ajar anak-anak satu doa yang mungkin kita boleh share.

"Berikanlah kami rezeki yang tidak disangka-sangka setiap hari dan khabar gembira setiap hari. So untuk saya, ini adalah khabar gembira untuk saya dan rezeki yang tidak disangka-sangka, inilah dia," ujar Johan.

Difahamkan, wakil media Malaysia yang dijemput tahun ini terdiri daripada TV AlHijrah, Bernama TV, Astro Awani, UtusanTV dan Utusan Malaysia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: